Bakal Jemaah Haji Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Pengetahuan
Wartawan : Zuraidah Ahmad
Jurufoto : Mohd Rizal Matasan
KOTA KINABALU: Bakal jemaah haji diseru melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan secara berterusan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata bakal jemaah haji juga dipelawa serta memanfaatkan kursus-kursus haji yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menambahkan pengetahuan sedia ada.
"Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua bakal haji agar meneruskan usaha belajar dari masa ke masa berhubung dengan hukum hakam haji ini bermula dari sekarang.
"Saya difahamkan bahawa Tabung Haji juga akan memulakan urusan-urusan berhubung dengan pengenalan kursus-kursus haji untuk memudahkan orang yang terpilih atau mereka yang akan menjadi Duyuf Ar-Rahman pada tahun hadapan," ujarnya.
Di samping itu, umat Islam di negeri ini juga digesa untuk mendaftar dengan TH bagi memudahkan urusan menunaikan ibadah haji.
![]() |
| Arifin ketika ditemui media. |
![]() |
| Suasana di Pintu A8 KKIA. |
![]() |
| Gulamhaidar (tiga dari kiri) dan Arifin (empat dari kiri) mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada para jemaah haji. |
![]() |
| Arifin (tengah) bersama-sama Gulamhaidar (lima dari kanan), Jumain (lima dari kiri) dan Nurlaila bergambar kenangan selepas menyambut rombongan jemaah haji. |
"Kepada umat Islam di seluruh Negeri Sabah mendaftarlah ke Lembaga Tabung Haji untuk memudahkan kita menunaikan ibadah haji dan mendaftar dengan jumlah yang ditetapkan sebaik-baiknya lebih banyak lebih mudah kita untuk berurusan dengan urusan haji," jelas beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Arifin turut mengingatkan umat Islam agar sentiasa merujuk kepada Lembaga Tabung Haji berkaitan ibadah haji dan umrah bagi mengelakkan berlakunya penipuan (scammer).
"Saya selalu mengatakan di mana-mana yang berurusan dengan wakil umrah untuk haji kepada TH.
"Kita akan selamat daripada pihak tertentu, sekiranya kita ragu dengan organisasi atau agensi yang mengurus rujuk di TH kerana agensi-agensi yang mengurus itu berdaftar dengan TH.
"Dapatkan maklumat yang sahih daripada pihak TH, mereka ada senarai dan ada panduan-panduan yang harus kita ikuti untuk kita selamat daripada scammer berkenaan," katanya ketika ditemui media menyambut rombongan jemaah haji pertama Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini.
Turut menyambut rombongan haji ialah Pengarah Wilayah Sabah d an Sarawak Lembaga Tabung Haji Datuk Nurlaila Said, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) Jumain Abdul Ghani.
Perbangan KT 055 S membawa seramai 137 jemaah pantai barat Sabah yang tiba pada jam 7.50 malam Ahad, sementara baki 822 jemaah akan kembali ke tanah air secara berperingkat dengan empat lagi penerbangan feeder dan tujuh penerbangan domestik.
Seramai 962 jemaah haji dari S abah menunaikan ibadah haji de ngan kumpulan pertama 137 jema ah berlepas ke Jeddah pada 4.30 pagi 18 Mei lalu./Penerangan-




Comments
Post a Comment