Tun Musa Hadiri Majlis Kesyukuran Ma'al Hijrah

 Wartawan :  Abdu Azmie Mohd Ibrahim
 Foto :  Azman Jumat


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa  Aman menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Akhir Tahun 1446 Hijrah dan Awal Tahun 1447 Hijrah, di sini, pada Khamis.

KetibaanTun Musa (tengah) ke Masjid Negeri diiringi Hajiji.(kiri)


Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, sebelum diikuti solat Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yasin dan tahlil yang diketuai Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.


Suasana ketika bacaan surah yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Suhaidi (depan kiri).


Majlis turut diserikan dengan tazkirah Maal Hijrah oleh penceramah jemputan, Datuk Ustaz Kazim Elias, sebelum jemaah menunaikan solat Isyak yang turut diimamkan Suhaidi.


Tazkirah Ma'al Hijrah oleh penceramah jemputan Ustaz Kazim Elias (kanan).

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong serta Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim Yahya./ Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos