900 Individu Sertai Healing Hati 3.0, Bina Ketabahan Iman
Wartawan: Hamidah Len
Foto: Mohd Rizal Matasan
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Jaringan Antarabangsa Muslimah One World Muslimah (OMW), Noor Razlina Noor Mohamed berkata, sambutan menggalakkan itu memperlihatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan merawat hati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Program ini memberi fokus kepada cabaran hidup yang dihadapi masyarakat, sama ada masalah rumah tangga, keluarga mahupun kewangan.
''Tujuannya agar peserta lebih tabah, yakin dengan takdir Allah SWT serta menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai panduan,” katanya ketika ditemui selepas Program Healing Hati 3.0, bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu.
Toh Puan Faridah (dua dari kiri) dan Juliah (dua dari kanan) hadir menyerikan majlis.
Majlis anjuran OMW tersebut diserikan dengan kehadiran Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin bersama-sama isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag.
Ustaz Hilman Fauzi menekankan aspek syukur, redho, sabar dan ikhlas.
Menurut Noor Razlina, pendekatan penceramah utama, Ustaz Hilman Fauzi yang mengetengahkan empat solusi kehidupan dengan penyampaian penuh emosi berjaya menyentuh hati peserta sehingga ramai menitiskan air mata.
''Penglibatan peserta dari Brunei, Singapura, Semenanjung dan Miri, Sarawak turut membuktikan program itu mempunyai daya tarikannya tersendiri,'' ujarnya.
Sebahagian peserta yang menghadiri Program Healing Hati 3.0. Sebahagian peserta yang menghadiri Program Healing Hati 3.0.
Program Healing Hati 3.0 merupakan siri jelajah di seluruh negara yang bermula di Kuala Lumpur dan Kelantan, manakala Sabah menjadi destinasi ketiga sebelum diteruskan ke Pulau Pinang./Penerangan-
Comments
Post a Comment