Lebih 100 Pekerja Terlibat, Pusat Islam Sandakan Dijangka Siap Hujung Tahun

Wartawan: Suzaima Ibrahim
Foto:  Shahvian Mohd Razali




SANDAKAN: Lebih 100 pekerja giat  melaksanakan kerja pembinaan Pusat Islam Sandakan yang dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.


Mir Zafriz (kiri) ketika memberikan taklimat berkenaan pembinaan Pusat Islam Sandakan kepada Tun Musa (tiga dari kanan).



Projek Arkitek Pusat Islam Sandakan, Mir Zafriz Mior Zawar berkata sehingga September 2025 projek itu telah mencapai 75 peratus kemajuan.


Tun Musa ketika melawat tapak Pembinaan Pusat Islam Sandakan.




Tun Musa ketika melawat tapak Pembinaan Pusat Islam Sandakan.



Tun Musa ketika melawat tapak Pembinaan Pusat Islam Sandakan.



"Kompleks berkenaan merangkumi bangunan utama Pusat Islam, pangsapuri, kuarters pekerja dan asrama pelajar.

"Kita lihat sekarang dari segi kemajuan, bilangan pekerja-pekerja di tapak kini adalah sekitar lebih 100 orang seperti pada hari ini. Projek berjalan dengan lancar dan hanya menunggu bahan sahaja.



Mir Zafriz ketika ditemui media.



"Penyiapan dalaman masih berjalan kerana menunggu ketibaan bahan seperti jubin untuk penyiapan bahagian dalaman Pusat Islam ini," katanya kepada media selepas Lawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman ke Pusat Islam Sandakan, pada Jumaat.

Beliau turut menjelaskan Pusat Islam Sandakan merupakan ilham Tun Musa  dan akan menempatkan taska, pusat tahfiz, dewan serbaguna serta dewan solat apabila siap kelak.


Pusat Islam Sandakan



“Harapan saya dengan adanya Pusat Islam Sandakan ini, syiar Islam di daerah ini akan lebih dekat dengan hati rakyat. Kompleks ini turut dilengkapi masjid, taska tahfiz dan dewan yang menjadikannya fasiliti lengkap untuk masyarakat,” jelasnya./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos