PMX Tiba di Sandakan Bagi Tujuan Lawatan Kerja

Wartawan: Siscalistorina Janius/ Bustan Made Aming
Foto: Mohd Sazwan Roslan




SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sandakan pada jam pada jam 9.20 malam tadi yang bagi tujuan lawatan kerja.



 Anwar ketika tiba di Lapangan Terbang Sandakan.



Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan diringi oleh Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.



Anwar (kanan) bersama Hajiji (dua dari kanan) ketika bacaan doa.



Turut hadir termasuk Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah, Datuk Masiung Banah, Pembantu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk George Hiew Vun Zin, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee serta Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Jaffari William.



Anwar (kiri) disambut meriah oleh orang ramai di Lapangan Terbang Sandakan.


Lawatan kerja sehari itu dijadual melibatkan beberapa program rasmi di Sandakan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada Sabtu sebelum Perdana Menteri berlepas pulang ke ibu negara.

Terdahulu, Anwar berlepas dari Lapangan Terbang Tawau untuk ke Sandakan sekitar jam 08.30 malam./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos