Program Bulan Dakwah Eratkan Perpaduan Masyarakat Sabah -Sapawi

Wartawan:  Hamidah Len
Foto: Mohd Rizal Matasan



KOTA  KINABALU: Program Bulan Dakwah yang berlangsung lebih dua bulan di seluruh Sabah menjadi wadah penyatuan masyarakat berbilang kaum dan agama menerusi pengisian berbentuk ilmu serta nilai perpaduan.


Sapawi ketika menyampaikan ucapan.


Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Datuk Sapawi Ahmad berkata program yang bermula pada 5 Julai lalu menjelajah ke semua zon dan bahagian di negeri ini termasuk Tambunan, Keningau, Beaufort, Kuala Penyu, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Ranau, Pitas, Kudat, Kota Marudu dan Kota Kinabalu.


“Program ini bukan sekadar ceramah agama, malah turut menyentuh soal kehidupan masyarakat Malaysia yang majmuk, aman dan harmoni. 

"Kehadiran bukan sahaja daripada umat Islam, bahkan turut disertai sahabat-sahabat bukan Muslim,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Seminar Keluarga Madani di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Sabtu.


Syamsul Debat menarik perhatian hadirin.


Menurutnya, penceramah terkenal dari Semenanjung turut digandingkan bersama penceramah tempatan yang kini semakin mendapat tempat sekali gus memberi manfaat dalam perkongsian ilmu dan pengalaman.

''Penganjuran ini seiring dengan konsep Madani yang mengangkat nilai kasih sayang, toleransi dan perpaduan sebagai asas mengukuhkan keharmonian hidup berbilang kaum di Sabah.

“Di Sabah, masyarakat pelbagai agama dan bangsa dapat meraikan perayaan masing-masing dalam suasana harmoni. Inilah sebenarnya asas dakwah yang mampu merapatkan jurang masyarakat, seterusnya menjamin kestabilan negara,” jelasnya.


Sapawi (kiri) menerima cenderakenangan daripada Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Datin Shonitah Terang.



Sapawi (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Syamsul.


Sapawi menyatakan sambutan di setiap lokasi amat menggalakkan apabila ribuan masyarakat hadir bagi mengikuti pengisian yang dibawa./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos