Tun Musa Terima Kunjungan UAS

 Wartawan        : Nazri Ramshah

Jurufoto            : Johny George Kimlon

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan daripada penceramah tersohor, Ustaz Abdul Somad (UAS) di Istana Seri Kinabalu. 

UAS (tengah) ketika memaklumkan berkenaan program beliau kepada Tun Musa (kanan).

Menurut Abdul Somad, kunjungan itu bertujuan menyampaikan penghargaan kepada Tun Musa serta pemimpin-pemimpin negeri atas peluang yang diberikan kepadanya untuk menyampaikan dakwah di Sabah.

“Semoga dengan usaha dakwah ini, negeri Sabah akan diberikan rahmat dan berkah agar sentiasa aman dan harmoni.

 
Tun Musa (tujuh dari kiri) menerima cenderahati dari UAS.

“Dalam kunjungan tadi ada juga dibincangkan untuk menyampaikan dakwah-dakwah ke kawasan kampung selain akan ke Pusat Islam di Sandakan apabila siap nanti,” katanya kepada media selepas media selepas kunjungan hormat kepada Tun Musa pada Isnin.

Tun Musa mengalu-alukan UAS.

Abdul Somad turut memaklumkan beliau berkunjung ke Sabah setiap tahun dan kali ini sempat menyampaikan dakwah di beberapa kawasan termasuk Kota Belud, Putatan, Lahad Datu dan Bongawan.

UAS ketika ditemui media.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos