Agensi KKDW Berganding Bahu Perkasa Kebajikan, Pendidikan Rakyat

 Wartawan :   Deonalissa Jekee Edin
 Foto :  Norazuan bin Mohd Yussof


KINABATANGAN : Agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) terus berganding bahu memperkasakan kebajikan dan pendidikan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata sejak tiga tahun yang lalu pelbagai perubahan telah dilakukan bersama dengan kepimpinan KKDW dan juga kepimpinan agensi-agensi.

Zahid ketika menyampaikan ucapan.


"Perubahan-perubahan ini dilakukan adalah untuk menyantuni dan juga mendepani masalah kumpulan sasaran.

"Tiga agensi utama di bawah kementerian itu iaitu FELCRA Berhad, RISDA dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berganding bahu melaksanakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara menyeluruh," katanya ketika berucap semasa Program Santuni Rakyat KKDW yang diadakan di Dataran Pekan Kota Kinabatangan, pada Khamis.

Zahid (empat dari kanan) menyampaikan cek cura Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah memaklumkan program tersebut memberi penekanan kepada aspek kebajikan, pendidikan, kesihatan serta pembangunan prasarana asas sebagai pendekatan bersepadu meningkatkan kualiti hidup rakyat.

"Pendekatan pembangunan luar bandar hari ini tidak boleh tertumpu kepada aspek fizikal dan ekonomi semata-mata, sebaliknya perlu bersifat holistik dengan menitikberatkan kesejahteraan rakyat, akses pendidikan dan kebajikan sosial.

Zahid (tiga dari kiri) menyerahkan cek cura Sumbangan 600 bakul makanan Yayasan RISDA bernilai RM60 ribu.



"Program KKDW Santuni Rakyat di Kinabatangan membuktikan kehadiran kerajaan melalui tindakan yang nyata, menyentuh keperluan sebenar rakyat di lapangan serta memastikan tiada komuniti luar bandar yang tercicir daripada arus pembangunan negara," ujarnya.

Antara sumbangan utama yang disampaikan ialah Bantuan Program Premis Perniagaan FELCRA 2026 (RM100 ribu), Bantuan Program Industri Desa FELCRA 2026 (RM20 ribu),  Program Sumbangan Inisiatif Pendidikan Generasi FELCRA (RM 41,600) kepada pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Inisiatif Pembangunan Insan FELCRA Berhad Negeri Sabah berjumlah RM340 ribu.

Penerima Bantuan Program Industri Desa FELCRA 2026 menerima cek cura bernilai
RM 20 ribu.

 
Turut disampaikan, Sumbangan CSR Tangki Air Biru RISDA berjumlah RM294 ribu, Sumbangan 600 bakul makanan Yayasan RISDA bernilai RM60 ribu, Bantuan Prasarana Asas Pertanian RISDA Kampung Sungai Lokan sebanyak RM249,454 dan RM 60 ribu bagi Bantuan Persekolahan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang memanfaatkan 600 pelajar B40.



Zahid (lima dari kiri) menyerahkan cek cura kepada penerima Bantuan Program Premis Perniagaan FELCRA 2026.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos