Tun Musa Berlepas ke Mesir, Santuni Pelajar Sabah

 Wartawan :   Hamidah Len
 Foto :  Jefren Malaning


KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin berangkat ke Mesir bagi menghadiri Majlis Mahabbah Bersama Pelajar Sabah di Mesir.

Tun Musa dan isteri ketika acara bacaan doa.



Majlis tersebut akan melibatkan 350 pelajar Sabah yang sedang melanjutkan pengajian di negara berkenaan.

Selain itu, Tun Musa dijadual merasmikan Dewan Al-Imam Al-Tayeb di Akademi Antarabangsa Al-Azhar Al-Sharif, Mesir.

Tun Musa (kanan) bersalaman dengan Jauteh.



Pesawat khas yang membawa Tun Musa dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin berlepas melalui Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada jam 9.30 pagi.

Suasana sebelum Tun Musa berlepas di LTAKK Terminal 2.


Sebelum pelepasan, Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Pejabat Mufti Negeri Sabah, Pangiran Mohd Hanif Awang Omar memimpin acara bacaan doa.

Hadir mengiringi keberangkatan Tun Musa dan rombongan ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dan pegawai-pegawai jabatan persekutuan serta negeri./Penerangan-
 


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos