Tun Musa Aman Hadiri Majlis Doa Selamat Melihat Anak Bulan Ramadan

Wartawan: Nurfatin Mohammed Yunus
Foto: Vicky Sylvester Matanjang



KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri Majlis Doa Selamat Sempena Melihat Anak Bulan Ramadan 1447H/2026M di Istana Seri Kinabalu.


Ketibaan Tun Musa (kanan) di Surau Tun Sakaran.



Suasana ketika solat Maghrib.



Tun Musa (tiga dari kiri) ketika bacaan doa.



Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, bacaan Yasin, tahlil disusuli bacaan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Negeri Sabah, Suhaidi Kuanting.



Hasil cerapan disampaikan kepada Tun Musa.


Seterusnya, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar memaklumkan penetapan tarikh bermulanya puasa kepada Tun Musa sebelum menunaikan solat Isyak berjemaah.


Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos