Perarakan Budaya Julung Kali Warnai Hari Etnik Sabah 6.0

Wartawan : Nurfatin Mohamed  Yunus

Foto : Merusin Minuddin


KOTA KINABALU : Perarakan Budaya yang julung kali diadakan menjadi keistimewaan sambutan Hari Etnik Sabah 6.0 pada 25 April ini.


Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS), Mackey Apisan berkata, perarakan ini melibatkan 560 peserta serta 182 presiden persatuan etnik dan badan kebudayaan yang mewakili 35 etnik besar di Sabah.


Mackey ketika ditemui media.


“Perarakan ini akan bermula pada jam 4 petang dari Dataran Deasoka menuju ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah dengan jarak kira-kira 2.3 kilometer,” katanya.

Penganjuran Hari Etnik Sabah 6.0 ini bakal menjadi platform memperkukuh perpaduan serta memartabatkan kepelbagaian budaya masyarakat di negeri ini.

“Setiap etnik bertanggungjawab memelihara budaya masing-masing agar tidak hilang ditelan arus kemodenan.

“Oleh itu, orang ramai dijemput hadir dengan mengenakan pakaian etnik masing-masing bagi memeriahkan program ini sebagai sokongan terhadap usaha memartabatkan budaya negeri,” ujarnya lagi.

Program anjuran LKNS ini diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah./Penerangan-

 Mackey (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama kru SABAHFM.


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos