142 Bakal Jemaah Haji Berlepas Ke Tanah Suci

 Wartawan : Mohd Irfan Janis

Foto: Volintine Jiloh


KOTA KINABALU : Seramai 142 bakal jemaah haji dari negeri Sabah berlepas ke Tanah Suci malam Isnin melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi.

Penerbangan tersebut dijadualkan berlepas ke Tanah Suci pada jam 4.45 pagi menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines. 

Majlis Mengucapkan Selamat Berangkat kepada kumpulan bakal haji berkenaan disempurnakan oleh  Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Dalam perutusannya, Tun Musa menzahirkan rasa syukur dan berharap para jemaah dapat memanfaatkan peluang sebagai tetamu Allah dengan memperbanyakkan ibadah, menjaga disiplin serta memelihara nama baik negara sepanjang berada di Tanah Suci. 

Tun Musa (dua kiri) menerima cenderahati daripada Pengarah Eksekutif Pengalaman Pelanggan TH, Datuk Mohamed Ameen S.M.A Abdul Wahab (kanan).


Bagi musim haji 1447H/2026M, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan seramai 1,195 jemaah haji melibatkan 507 lelaki dan 688 wanita.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong dan Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar./Penerangan-


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos