Keluarga B40 Terima Bantuan Kotak Kasih MADANI

Wartawan    : Hamidah Len
Jurufoto        : Johnny Kimlon




 SUASANA…Suasana semasa penyerahan sumbangan Kotak Kasih Madani.

KOTA KINABALU, 15 Mei (MalaysiaAktif) – Program Satelit Khas Kenduri Rakyat MADANI menyantuni 43 keluarga B40 dari Kampung Gentisan dan Kampung Rampayan, di sini semalam.

Sumbangan Kotak Kasih MADANI yang mengandungi keperluan asas disalurkan kepada penerima bagi membantu meringankan beban perbelanjaan harian.

Penerima bantuan, Seri Intan Nasarudin, 50, berkata sumbangan tersebut membantu mengurangkan beban perbelanjaan keluarganya dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

“Saya bersyukur kerana terpilih menerima bantuan ini sebagai tanda keprihatinan berterusan pihak kerajaan,” katanya ketika ditemui sempena Program Ziarah Kasih di Kampung Rampayan.


Penerima sumbangan di Kampung Rampayan.

Seri Intan yang berniaga kuih secara kecil-kecilan berharap kerajaan terus memberi perhatian kepada golongan ibu tunggal dan berpendapatan rendah pada masa akan datang.

Program tersebut diselaraskan Jabatan Penerangan (JAPEN) Sabah dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Pejabat Parlimen Sepanggar.

Majlis penyampaian sumbangan disempurnakan Setiausaha Sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Rafe’e Jaffree bersama Pegawai Perhubungan Parlimen Dewan Undangan Negeri Darau, Baslan Saini.


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos