Pelan SMJ 1.0 2021-2025 Capai 100 Peratus Pelaksanaan

Wartawan    :  Abdu Azmie Mohd Ibrahim/Ezekiel Isaiah Stephen
Jurufoto    : 
Rednny Rasang



Tun Musa (empat dari kanan) menyerahkan cenderamata kepada Rosmadi (tiga dari kiri).

KOTA KINABALU : Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 mencapai 100 peratus pelaksanaannya sepanjang tempoh lima tahun dari 2021 hingga 2025.


Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat SMJ, Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai berkata, pencapaian itu membuktikan usaha kerajaan negeri dalam memberikan yang terbaik demi kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah.

"Satu laporan penuh pelan SMJ 1.0 telah kita bentangkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman dalam masa sama membentangkan pelan SMJ 2.0 untuk melakar sejarah baru dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Kita juga bertukar-tukar pandangan dengan Tun Musa berkenaan Pelan SMJ 2.0 supaya apa yang kita lakar mengenai pelan pembangunan tersebut lebih menjurus kepada kesejahteraan rakyat dan melonjakkan ekonomi negeri Sabah ke tahap yang lebih maju", jelasnya ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Tun Musa di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Jelasnya, antara fokus SMJ 2.0 juga adalah memberi tumpuan khusus buat golongan belia dengan memanfaatkan potensi belia yang boleh menyumbang buat negeri ini.

 Rosmadi (kiri) menerangkan pencapaian SMJ 1.0 dan mendapatkan khidmat nasihat Tun Musa (kanan) pelaksanaan SMJ 2.0.

Rosmadi (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Tun Musa (empat dari kanan).

Rosmadi (tengah) ketika ditemui media.

Selain menyerahkan laporan penuh pencapaian pelan pembangunan SMJ 1.0, kunjungan tersebut juga adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Tun Musa mengenai pelan SMJ 2.0 bagi memastikan pelan tersebut memberikan impak yang positif kepada rakyat dan negeri Sabah.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Kesejahteraan dan Transformasi Rakyat), Mohd Izwan Izzuddin Ramlan; Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Inisiatif), Faridah Ilah; Penolong Pengarah (Pengurusan Inisiatif), Mohd Shafiq Abdullah Salleh dan Penolong Pengarah (Pegawai Khas Ketua Pegawai Penyelaras), Alorenso Sampaladon.

Pelan pembangunan SMJ 1.0 (2021-2025) telah dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Sabah pada 29 Mac 2021, manakala pelan pembangunan SMJ 2.0 (2026-2030) pada 30 Januari 2026 yang lalu./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos