Posts

150 Asnaf Zon Sepanggar, KK Terima Bantuan MUIS

Image
Wartawan : Idris Sani Saberun Jurufoto : Jeffren Malaning Kota Kinabalu: Seramai 150 asnaf zon Sepanggar dan Kota Kinabalu menerima bantuan menerusi Program 'Back To School' anjuran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Penolong Setiausaha (Pembangunan Asnaf) MUIS, Saludan @ Suzika Suhul berkata, program tahunan kelolaan Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS itu diadakan bertujuan bagi meringankan beban keluarga dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak golongan asnaf yang bakal memulakan sesi persekolahan bermula 11 Mac nanti. Suzika ketika ditemui media. "Program ini kita bahagikan kepada tujuh zon dan setiap zon seramai 250 asnaf diperuntukkan dengan setiap penerima menerima bantuan sebanyak RM300 berupa kelengkapan persekolahan," katanya ketika ditemui di salah sebuah pasaraya, di Likas pada Rabu. Tambah Suzika, setakat ini pihaknya telah melaksanakan program tersebut bermula dari zon Kudat, Tawau, Sandakan, Papar dan Kota Kinabalu. Selepas ini katanya, program seumpama ...

Sabah Rekod 18.7 Peratus Penduduk Berdaftar Dengan PADU

Image
Wartawan : Deonalissa Jekee Jurufoto : Johny Joklis Kota Kinabalu : Sabah merekodkan 320,000 orang atau 18.7 peratus penduduk yang  telah mendaftar dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam. Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Sabah, Muhammad Amri Idris berkata, pihak DOSM kini dalam usaha meningkatkan lagi pendaftaran sistem PADU bagi memastikan rakyat tidak tercicir dalam menerima bantuan kerajaan. Amri ketika ditemui media. "Masih terdapat beberapa isu yang dihadapi dalam pengisian sistem PADU antaranya isu pengesahan identiti melalui e-KYC, isu pengisian melibatkan warga emas dan masalah capaian internet. "Bagi sesiapa yang menghadapi isu-isu ini boleh datang ke kaunter yang disediakan untuk mendapatkan bantuan selanjutnya. "Selain penyediaan kaunter-kaunter yang sudah dilaksanakan sebelum ini, DOSM juga bekerjasama dengan pelbagai pihak antaranya Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), pejabat Ahli-ahli Parlimen, ketua-ketua komuni...

Program Back To School MUIS Bantu 2,000 Kanak-kanak Asnaf

Image
Wartawan : Mohd Najib Juhanis Jurufoto : Pejabat Penerangan Daerah Papar Papar:  Program  Back To School 2024  oleh  Majlis Agama Islam Sabah (MUIS)   memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 kanak-kanak asnaf di negeri ini. Timbalan Pengerusi MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad berkata program tahunan tersebut melibatkan peruntukan l ebih RM500 juta dengan sasaran 10 daerah. "MUIS melalui Bahagian Zakat Fitrah membelanjakan kira-kira RM600,000 keseluruhan atau RM60,000 setiap daerah bagi meringankan beban kewangan ibu bapa asnaf membeli keperluan sekolah anak mereka. “Program sebegini merupakan acara tahunan MUIS yang telah melaksanakannya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dihentikan semasa pandemik Covid-19 tetapi diteruskan selepas PKP tamat," ujar beliau. KENANGAN...Malai Ahmad (dua dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama kanak-kanak asnaf dalam Program Back To School 2004 Daerah Papar. Malai Ahmad memaklumkan, nilai program ini adalah ilmu pen...

Raptai Perasmian Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Lancar

Image
Wartawan : Hamidah Len Jurufoto : Vollintine Jiloh/Mohd Rizal Matasan Tuaran : Raptai acara Perasmian Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama 2024 berjalan lancar.  Suasana  raptai Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama.   Festival yang berlangsung selama empat hari itu bakal disempurnakan oleh  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mulai jam 8 pagi, esok. Antara produk kraftangan yang dipamer dan dijual kepada para pengunjung. Antara yang menarik, pengumuman keputusan Pertandingan Ratu Serimpak, keputusan Pertandingan Betitik, persembahan artis jemputan selain jualan penghabisan stok dengan harga madani bagi produk kraftangan di gerai-gerai terpilih. Oleh itu, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan tersebut dan masuk adalah percuma.  Guru SMK Tun Fuad Stephens Kiulu, Liza Joseph semasa sesi teori tarian Limbai.   Sementara itu, festival yang masuk hari ketiga hari ini terus mengalu-alukan kehadiran orang ramai dalam beberapa acara seperti pa...

Kerajaan Iktiraf Peranan, Sumbangan PUSPANITA

Image
Wartawan : Nazri Ramshah Jurufoto : Johny Joklis Kota Kinabalu: Kerajaan mengiktiraf peranan dan sumbangan yang dilakukan oleh Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (PUSPANITA)  Cawangan Sabah. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Sr. Safar Untong berkata ahli-ahli PUSPANITA yang juga penjawat awam dan isteri penjawat awam berupaya membantu Kerajaan dalam usaha meningkatkan kesedaran rakyat terhadap dasar-dasar serta program bantuan Kerajaan di peringkat akar umbi. Safar ketika berucap bagi merasmikan majlis. “PUSPANITA turut bertanggungjawab merealisasikan agenda Malaysia Madani dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dengan menyebarluaskan program-program pembangunan negeri dengan mengadakan lebih banyak program turun padang bersama rakyat dan menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi Kerajaan lain. “Oleh itu, sebanyak 29 cawangan PUSPANITA Sabah perlu lebih inklusif dengan melakukan kolaborasi aktif dengan PUSPANITA Negeri dan tidak tertumpu di peringkat cawangan sahaja serta m...

Gema Bertingkah Rai Juara Pertandingan Bertitik

Image
Wartawan : Mohd Haizul Rohani Jurufoto : Vollintine Jiloh/Mohd Rizal Matasan Tuaran: Kumpulan Gema Bertingkah N23 Petagas dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Bertitik sempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024. Kumpulan yang berasal dari  Putatan itu menewaskan 10 pencabar lain yang datang dari seluruh Sabah dan m ereka pulang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 serta trofi yang disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd Datuk Jasnih Daya. Kassim (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Jasnih (dua dari kanan). Manakala, Kumpulan Betitik N.24 Tanjung Keramat meraih naib juara dan memenangi hadiah RM3,500 serta trofi diikuti Kumpulan Seni Bertitik Teratak Serimpak Darau Menggatal di tempat ketiga dengan hadiah RM2,500 serta trofi.  Jasnih semasa ditemui media bangga sambil memuji keterlibatan anak muda dalam aktiviti kebudayaan seumpama. Jasnih (tengah) semasa ditemui media. "Pertandingan seperti ini kita harap akan lebih ker...

34,727 Pelancong UK, Ireland Lawat Sabah

Image
Wartawan : Zuraidah Ahmad Jurufoto : Shahvian Mohd Razali Kota Kinabalu:  Seramai 34,727 pelancong dari United Kingdom (UK) dan Ireland melawat ke Sabah pada tahun lalu. Menurut Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia  Ailsa Terry, angka itu tidak termasuk pemastautin tetap negara itu yang dianggarkan di antara 200 hingga 300 orang. Ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin hari ini, beliau berkata pihaknya berhasrat  mewujudkan lebih banyak kerjasama merentasi pelbagai sektor yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Tun Juhar (dua dari kanan) menerima naskah  Travel Advice  daripada Ailsa. "Saya pernah ke Sabah beberapa tahun lalu ketika saya sampai di Malaysia dan ia antara tempat yang sangat indah. "Kita ingin mewujudkan lebih banyak kesepakatan, lebih banyak kerjasama di antara UK dan Sabah dalam bidang sains dan biodiversiti. “Selain itu, kita berbincang untuk meningkatka...