Posts

Masjid Baharu Akan Dibina di Kg Bangka-Bangka

Image
Wartawan     : Nazri Ramshah Jurufoto          :  Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU:    Sebuah masjid baharu akan dibina di Kampung Bangka-Bangka bagi  menggantikan masjid sedia ada. Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ts. Mustapa Sakmud, masjid dengan peruntukan RM6 juta di tapak baharu itu kini di peringkat konsultasi.  “Perdana Menteri sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM6 juta pada tahun 2024 bagi membina masjid di tapak yang baharu. “Pada masa ini, masih di peringkat konsultasi, sekiranya selesai kita akan melantik kontraktor yang berkelayakan bagi memulakan pembinaan memandangkan peruntukan sudah ada,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Ihya Ramadan Zon Sabah. Mustapa menyampaikan ucapannya. Mustapa ketika ditemui media. SUMBANGAN...Mustapa (tengah) menyampaikan sumbangan kepada wakil asnaf. . Mustapa (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada asnaf. CENDERAHATI...Ismail (kanan...

Media Pemacu Perubahan, Pembangunan 25 Tahun KK– Mayor

Image
Wartawan     :  Hamidah Len Jurufoto          :   Jefren Malaning KOTA KINABALU: Media bukan sekadar penyampai maklumat, tetapi juga pemacu utama perubahan dan pembangunan Kota Kinabalu sejak 25 tahun lalu.  Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Dr. Sabin Sabitah berkata dalam tempoh dua dekad, media telah berperanan sebagai rakan strategik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat, pantas dan telus kepada masyarakat. "Kerjasama erat ini membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak secara lebih proaktif dan efektif dalam menangani isu-isu yang melibatkan warga Bandaraya KK.   "Oleh itu, pandangan, cadangan dan kritikan yang disampaikan oleh media menjadi rujukan penting bagi DBKK dalam menambah baik perkhidmatan yang diberikan. "Usaha yang tidak pernah kenal lelah ini membantu DBKK menjadi lebih peka terhadap kehendak warga bandaraya serta lebih berkesan dalam merangka dasa...

BESS Berkapasiti 100 MW Dijangka Beroperasi Julai Ini

Image
Wartawan     : Nazri Ramshah Jurufoto          :  Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU:  Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) yang dibangunkan Sabah Electricity Sdn Bhd berkapasiti 100 megawatt (MW) dijangka beroperasi pada Julai ini. Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar berkata projek yang mula dibangunkan pada September 2024 itu merupakan yang terbesar di Malaysia juga Asia Tenggara. “Projek yang dibina di Lahad Datu ini akan meningkatkan potensi kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui terutamanya apabila ianya menggunakan solar. “Kita dapat memberikan jaminan dengan adanya bateri ini nanti bekalan kepada pengguna di pantai timur Sabah yang dikatakan berkurangan sedikit sebanyak dapat diatasi,” katanya ketika ditemui media selepas membuat kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Sri Kinabalu, hari ini. Tun Musa (kanan) diberi penerangan berkenaan BESS. Rubin memperkenal...

20 Anak Yatim, Balu PDRM Terima Sumbangan MUI

Image
Wartawan     :  Mohd Haizul Rohani Jurufoto          :  Volintine Jiloh KOTA KINABALU: Seramai 20 anak yatim dan balu Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah menerima sumbangan zakat daripada Majlis Ugama islam Sabah (MUIS). Sumbangan tersebut disampaikan oleh yang  Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, dalam Majlis Berbuka Puasa PDRM Kontinjen Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Peringatan Hari Polis Yang Ke-218 Tahun 2025 di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Selasa. Tun Musa yang ditemani isteri, Toh Puan Faridah Tussin turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada anak yatim dan balu terbabit. Pada majlis itu, beliau diiringi Ketua Menteri,  Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menunaikan solat maghrib, isyak dan Tarawih bersama kira-kira 700 orang jemaah di Surau Fisabilillah IPD KK. Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Mayor Dewan Bandaraya K...

17 Kek Dipersembahkan Sempena Sambutan Aidilfitri 2025

Image
Wartawan     :  Siscalistorina Janius Jurufoto          :  Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU:  Sebanyak 17 kek dipersembahkan kepada  Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri,  Toh   Puan  Faridah Tussin sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025. Tun Musa Aman bersama Toh Puan  Faridah  yang tiba pada jam 11.30 pagi di  Dewan Seri Kinabalu, Istana Seri Kinabalu, hari ini,  me nyaksikan sendiri kesemua persembahan kek disumbangkan oleh hotel-hotel terkemuka di Sabah. Paling mencuri tumpuan beliau ialah kek  coklat  moist    berbentuk rumah kampung yang dihasilkan oleh Shangri-La Tanjung Aru Kota Kinabalu dengan  konsep  nostalgia Aidilfitri  rekaan  Eksekutif Chef, Rohizan Ramly  bersama lima orang pembantunya. Selain itu, Tun Musa juga tertarik dengan kreativiti chef dari  Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah ( SICC ) yang ber...

Kutipan Cukai Tidak Langsung Melebihi Sasaran Pada Tahun 2024

Image
Wartawan : Idris Sani Saberun/Mat fazly Mat Kassim Foto : Johny Joklis KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mencatatkan kutipan hasil cukai tidak langsung sebanyak RM65.57 bilion pada tahun 2024, melebihi sasaran asal RM56 bilion yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.   Anis (kiri) ketika bertukar-tukar pandangan berkenaan tata kelola dan pengurusan  bersama Tun Musa   (kanan). Anis (dua dari kiri) turut menyampaikan buku terbitan JKDM kepada Tun Musa. Tun Musa (tengah) menerima cenderamata daripada Anis(empat dari kiri) sambil disaksikan Saidin (empat dari kanan) dan rombongan. Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin @ Zainuddin berkata kejayaan itu didorong oleh kerjasama erat antara JKDM dan agensi-agensi kerajaan Negeri Sabah dalam memperkukuh fasilitasi perdagangan dan pemantauan hasil cukai.   "Salah satu faktor kejayaan ini adalah hubungan baik dengan kerajaan negeri Sabah serta agensi berkaitan yang banyak memba...

Sabah Berjaya Rekod Penculikan Sifar Sejak Tahun 2020 - KDN

Image
Wartawan : Bustan Made Aming Foto : Nazri Ramshah Abdul Basah TAWAU:  Sabah berjaya merekodkan kes penculikan sifar sejak 15 Januari 2020 kata  Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. Menurutnya,  ia berikutan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah   (ESSCOM )  sentiasa memberi komitmen sepenuhnya untuk mengawal keselamatan di negeri ini termasuk melaksanakan  pemeriksaan   fizik al terhadap  lebih 5.2 juta orang,  kenderaan dan bot sejak 1 Januari 2020 sehingga 28 Februari 2025. Sementara,  1,907 orang lagi ditahan manakala 1,118 buah kenderaan serta bot dirampas atas pelbagai kesalahan. Selain itu, ujar Abdul Halim, ESSCOM juga berjaya menangani jenayah penyeludupan barang dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang merangkumi jumlah nilai rampasan bernilai RM90 juta. "J umlah keseluruhan nilai rampasan untuk tempoh yang sama bernilai RM90 juta di mana penyeludupan barang kaw...