Posts

Sabah Electricity Syarikat Peneraju Sertai Program Pembangunan Vendor KUSKOP

Image
Wartawan : Hamidah Len Foto : Johnny Joklis KOTA KINABALU:  Sabah Electricity (SE) menjadi syarikat peneraju di Sabah menyertai Program Pembangunan Vendor (PPV) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) selepas pemeteraian perjanjian persefahaman dengan kementerian tersebut.  Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata di bawah PPV, KUSKOP menyediakan geran sokongan sehingga RM1.2 juta kepada mana-mana syarikat vendor yang memperoleh kontrak atau perolehan daripada syarikat peneraju untuk Program Pembangunan Inovasi dan Program Pembangunan Kapasiti syarikat vendor. Ewon ketika berucap merasmikan  Sabah Electricity Vendor Day 2025. “Setakat hari ini, SE menjadi syarikat yang ke-39 mengadakan MoU dengan KUSKOP. “Pemeteraian MoU itu juga adalah antara hasil pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara yang saya perkenalkan di KUSKOP bagi membangunkan keperluan khas usahawan di Sabah dan Sarawak. “Kementerian juga sedang berbinc...

SE Siap Siaga Pastikan Bekalan Elektrik Terjamin PRN Sabah Ke-17

Image
Wartawan : Hamidah Len Foto : Johnny Joklis KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SE) berada pada tahap kesiapsiagaan penuh bagi memastikan kelancaran operasi tenaga elektrik menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sabah Ke-17. Pengerusi SE, Saadiah Aziz berkata pihaknya telah membuat persiapan rapi sejak beberapa bulan lalu termasuk penyediaan set penjana mudah alih (genset) di semua lokasi penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan gangguan bekalan. Saadiah ketika ditemui media. "Kita mempunyai genset tertentu untuk setiap bahagian bagi memastikan bekalan elektrik mencukupi sepanjang tempoh kempen dan proses pilihan raya berlangsung. "Genset disediakan setiap kawasan utama termasuk pusat penamaan calon, lokasi pengundian awal, hari mengundi dan pusat penjumlahan," katanya ketika ditemui media semasa  Sabah Electricity Vendor Day  2025 dan Majlis Pemeteraian  Memorandum Persefahaman antara  Kementerian Pembangun...

INFRA Perkasa Kepimpinan Wanita Luar Bandar Secara Mampan dan Inklusif

Image
Wartawan : Suzaima Ibrahim Foto : Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU: Institut Kemajuan Desa (INFRA) menjadi platform penting dalam memacu komuniti luar bandar agar lebih berdaya saing serta berkeupayaan membangunkan komuniti masing-masing secara progresif, mampan dan inklusif. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, seminar kepimpinan wanita luar bandar yang berlangsung selama tiga hari itu bertujuan memberi kesedaran, maklumat, serta perkongsian idea dan pengalaman kepada pemimpin wanita luar bandar untuk melahirkan barisan pemimpin berkapasiti tinggi.   Rubiah ketika ditemui media. “Berkapasiti bermaksud dalam usaha memastikan luar bandar dibangunkan dengan lebih progresif, mampan dan inklusif.    “Kita tahu peranan dan tanggungjawab wanita amat tinggi, khususnya dalam penglibatan mereka menggerakkan pembangunan komuniti luar bandar,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar ...

FOLUR Pacu Keseimbangan Pertanian, Pemuliharaan Hutan Di Sabah

Image
Wartawan : Idris Sani Saberun Foto : Azman Jumat KOTA KINABALU : Projek Sistem Makanan, Guna Tanah dan Pemulihan (FOLUR) menjadi pemacu utama ke arah mewujudkan keseimbangan antara pembangunan sektor pertanian dan pemuliharaan hutan di Sabah. Ketua Menteri,  Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, matlamat utama projek  t ersebut  adalah untuk memastikan sektor pertanian, khususnya kelapa sawit, dapat berkembang seiring dengan usaha pemuliharaan hutan dan pemulihan ekosistem bagi menjamin kelestarian alam sekitar jangka panjang. Frederick  (kiri)   menyampaikan cendermata kepada  Norlijah  ( kanan) sejurus majlis perasmian. "Projek FOLUR yang disokong oleh Global Environment Facility (GEF) dan dilaksanakan oleh  United Nations Development Programme   ( UNDP )   bersama   Kerajaan Negeri Sabah  itu  meliputi kawasan seluas 2.38 juta hektar di 12 daerah, memberi manfaat kepada lebih 54,000 orang. " Melalui pelaksanaan ...

Enakmen Perubahan Iklim, Tadbir Urus Karbon 2025 Lindungi Alam Sekitar

Image
Wartawan : Afisha Syazrin Foto : Azman Jumat KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperkenalkan Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025 sebagai langkah memperkukuh usaha perlindungan alam sekitar demi kelestarian masa depan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, enakmen baharu itu bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan alam semula jadi, malah memastikan hak karbon kekal menjadi milik negeri. Norlijah (tengah) bergambar selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). "Antara komponen penting enakmen tersebut adalah penubuhan Majlis Tindakan Iklim Sabah sebagai badan pembuat keputusan tertinggi dalam menangani isu perubahan iklim di negeri ini ," katanya. Selain itu, Pusat Pendaftaran dan Inventori Iklim turut diperkenalkan bagi menjejak dan memantau pelaksanaan projek karbon di Sabah manakala Dana Iklim Sabah diwujudkan untuk menyokong usaha penyesuaian serta meningkatkan daya tahan terhadap kesan perubahan iklim Teks ucapan beliau disamp...

Pesta Cahaya Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Sabah

Image
 Wartawan          : Nazri Ramshah Jurufoto               :  Johny George Kimlon KOTA KINABALU: Sambutan Deepavali atau Pesta Cahaya memupuk semangat masyarakat majmuk di Sabah untuk terus hidup bersatu padu dalam suasana aman dan harmoni.    Mathavan (dua dari kanan) menyambut ketibaan Tun Musa. Presiden Kuil Sri Pasupathinath Alayam, Datuk Dr K. Mathavan berkata, sambutan Deepavali tahun ini amat istimewa berikutan kesudian Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk turut hadir memeriahkan perayaan tersebut.  “Deepavali melambangkan kemenangan cahaya ke atas kegelapan dan kebaikan mengatasi kejahatan, yang sinonim dengan semangat masyarakat majmuk yang diamalkan di negeri ini.  Tun Musa bergambar bersama tetamu kehormat dan barisan pengurusan Kuil Sri Pasupathinath Alayam. “Pada hari ini, dapat dilihat kehadiran pelbagai kaum dan bangsa yang sama-sama meraikan Pesta Cahaya ini, membuktikan masya...

Tun Musa Terima Kunjungan UAS

Image
 Wartawan          : Nazri Ramshah Jurufoto               :  Johny George Kimlon KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan daripada penceramah tersohor, Ustaz Abdul Somad (UAS) di Istana Seri Kinabalu.  UAS (tengah) ketika memaklumkan berkenaan program beliau kepada Tun Musa (kanan). Menurut Abdul Somad, kunjungan itu bertujuan menyampaikan penghargaan kepada Tun Musa serta pemimpin-pemimpin negeri atas peluang yang diberikan kepadanya untuk menyampaikan dakwah di Sabah. “Semoga dengan usaha dakwah ini, negeri Sabah akan diberikan rahmat dan berkah agar sentiasa aman dan harmoni.   Tun Musa (tujuh dari kiri) menerima cenderahati dari UAS. “Dalam kunjungan tadi ada juga dibincangkan untuk menyampaikan dakwah-dakwah ke kawasan kampung selain akan ke Pusat Islam di Sandakan apabila siap nanti,” katanya kepada media selepas media selepas kunjungan h...