Posts

50,000 Pengunjung Dijangka Meriahkan Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah 2025

Image
Wartawan     :  Idris Sani Saberun Jurufoto          :  Azman Jumat KOTA KINABALU: Seramai 50,000 pengunjung termasuk pelancong dijangka memeriahkan pelbagai acara sepanjang Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah 2025. Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Ewon Benedick berkata sambutan akan berlangsung di Padang Merdeka bermula 16 hingga 19 Disember. "Ini mencerminkan keterbukaan Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyokong perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama. "Sambutan tersebut dianjurkan sejak 19 tahun lalu kini memasuki tahun ke-20 dan buat julung kalinya diangkat sebagai sambutan di peringkat negeri. "Selain pelbagai pengisian pentas sepanjang sambutan, Jamuan Rakyat turut diadakan melibatkan 100 usahawan tempatan dari kalangan penjaja dan peniaga kecil sebagai pembekal pelbagai juadah kepada pengunjung, sebagai sokongan kepada perusahaan mikro dan kecil di negeri ini.  E...

Anil Sandhu Angkat Sumpah Pembantu Menteri

Image
Wartawan     : Nazri Ramshah Jurufoto          :  Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Seri Dr Anil Sandhu mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, pada Isnin. Majlis angkat sumpah yang bermula pada jam 10 pagi itu disempurnakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, dan disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. Tun Musa (kanan) menyerahkan watikah pelantikan kepada Anil (dua dari kiri). Anil (kanan) menandatangani dokumen pelantikan di hadapan Celestina (tiga dari kanan).  Anil ketika mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah. Usai mengangkat sumpah, Anil yang memenangi kerusi N.63 Kunak pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 atas tiket Barisan Nasional (BN) menandatangani dokumen pelantikan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Saba...

Malaysia Menuju Negara Tua 2048, Keluarga Benteng Kesejahteraan- Wan Azizah

Image
Wartawan     : Siscalistorina Janius Jurufoto          :  Volintine Jiloh KOTA KINABALU: Perubahan demografi Malaysia dijangka menjadikan negara ini negara tua menjelang 2048 menuntut perancangan awal untuk memastikan kesannya dapat ditangani. Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, usaha berterusan memperkukuh institusi keluarga perlu digerakkan sebagai asas kepada kesejahteraan masyarakat dan kestabilan negara. “Malaysia dijangka menjadi negara tua dengan 14 peratus penduduk berusia 65 tahun ke atas, manakala kadar kelahiran dan perkahwinan pula semakin menurun. "Cabaran masa kini menuntut keluarga mengimbangi tuntutan kerjaya, ekonomi dan teknologi dengan keperluan membina hubungan kekeluargaan yang harmoni berasaskan kasih sayang, adab dan nilai murni,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Seminar Inspirasi Keluarga Madani, pada Sabtu....

'Pengalaman Ladang Sabah yang Unik 2026–2027' Inisiatif Promosi Pelancongan Luar Bandar

Image
Wartawan     : Suzaima Ibrahim Jurufoto          : Merusin Maruddin KOTA KINABALU: Brosur Agropelancongan 'Pengalaman Ladang Sabah yang Unik 2026–2027' (Jilid 2) menjadi pelan hala tuju mempromosikan pelancongan luar bandar Sabah. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI), Datuk Jamawi Jaffar berkata risalah tersebut merupakan antara panduan komprehensif yang menghubungkan pelancong dengan nadi sebenar sektor pertanian negeri ini. "Edisi kedua risalah menampilkan tempat ataupun kebun menarik untuk dilawati dalam road map negeri Sabah agropelancongan yang diusahakan oleh 30 pengusaha kebun yang telah menerima pelawat-pelawat sejak dua hingga tiga tahun lalu. "Edisi pertama 11 kebun telah dilancarkan dua tahun lepas manakala edisi kedua melibatkan 30 kebun, maksudnya ada peningkatan sekurang-kurangnya 19 kebun yang baru. "Sebahagian besar kebun ini merupakan ahli persatuan penanam dur...

Belanjawan 2026 Beri Tumpuan Infrastruktur, Kesejahteraan Rakyat – Hajiji

Image
Wartawan     :  Suzaima Ibrahim Jurufoto        : Johny George Kimlon/ Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU: Belanjawan 2026 memperlihatkan komitmen kukuh kerajaan negeri apabila sebahagian besar peruntukan difokuskan kepada projek infrasruktur serta peningkatan projek kesalinghubungan. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata fokus itu selari dengan tema belanjawan yang menekankan usaha memperkukuh rangkaian asas pembangunan negeri. "Selain itu, tumpuan diberikan kepada isu atau masalah tiga serangkai sebagai keutamaan kerajaan iaitu air, jalan raya dan juga bekalan elektrik luar bandarnya. "Semua perkara ini akan diberi keutamaan oleh kerajaan,"katanya ketika ditemui media selepas Pembentangan Belanjawan Sabah 2026, disini pada Jumaat. Hajiji ( depan, kanan) ketika pembentangan Belanjawan Sabah 2026. Hajiji (tengah) melangkah  keluar  selepas  pembentangan Belanjawan Sabah 2026. Suasana di dalam Dewan Undangan Neger...

Pelbagai Persembahan Semarakkan Sambutan Krismas Peringkat Negeri 16 Hingga 19 Disember ini.

Image
Wartawan     : Mohd Haizul Rohani Jurufoto          :  Norazuwan Mohd Yussof KOTA KINABALU :  Pelbagai persembahan akan diadakan sempena   Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025  di  Padang Merdeka   bermula 16 sehingga 19 Disember ini. Pengerusi Penganjur Bersama Majlis Gereja-gereja Sabah, Father Thomas Yip berkata  sambutan tarian dan hiburan tersebut bukan sekadar perayaan tetapi juga menjadi wadah memperkukuh identiti Sabah sebagai negeri yang aman dan harmoni. "Sambutan ini bukan sekadar acara perayaan,  ia memperkukuh identiti sabah sebagai negeri yang aman dan harmoni.  "Apabila masyarakat berkumpul dalam suasana penuh harmoni dan keamanan, masyarakat dapat melihat keharmonian, kasih sayang serta hubungan antara satu sama lain dapat dieratkan.  SUASANA...sepanjang sesi temubual bersama juruhebah Boy Vanz. SUASANA...sepanjang sesi temubual bersama juruhebah Boy Vanz. KENANGAN...Sesi b...

Sektor Pembinaan Diramal Meningkat Konsisten Lima Tahun Akan Datang

Image
Wartawan     :Hamidah Len Jurufoto    : Mohd Sazwan Roslan/Johny George Kimlon KOTA KINABALU : Sektor pembinaan dijangka terus berkembang secara konsisten dalam tempoh lima tahun akan datang seiring pelaksanaan pelbagai projek pembangunan berimpak tinggi di seluruh Sabah. Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata antara projek utama termasuk projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B merangkumi jajaran sepanjang 388 kilometer yang bakal meningkatkan keterhubungan antara daerah serta kecekapan sistem logistik dan pengangkutan. "Dalam masa sama, Projek Menaik Taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) akan dilaksana bagi meningkatkan kapasiti penumpang daripada 9 juta kepada 12 juta orang setahun. Situasi sebelum pembentangan Belanjawan Sabah 2026 Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jaffry Arifin. Hajiji (dua kanan) sebelum beredar meninggalkan Dewan Undangan Negeri Sabah. Situasi sebelum pembentangan Belanjawan Sabah 2026. Situ...