Posts

Showing posts from March, 2025

Sambutan Aidilfitri Istana Seri Kinabalu Meriah

Image
Wartawan     : Zuraidah Ahmad Jurufoto          :  Johny George Kimlon KOTA KINABALU:  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H Istana Seri Kinabalu hari ini berlangsung meriah. Ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin kira-kira jam 10.30 disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag. Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin Pegawai Agama Istana, Zulfauzy Awang Besar sebelum para tetamu jemputan menikmati pelbagai aneka juadah Hari Raya.  Antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.  Antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.  Juliah (tiga dari kiri) mengiringi Toh Puan Faridah (tengah) di meja utama.   Tun Musa (tiga dari kiri) dan Toh Puan Faridah (tiga dari kanan) bersama-sama Kadzim (kiri) dan Hajiji serta isteri masing-masing di dalam Bilik Kunjungan Kecil Istana Seri Kinabalu. Hajiji (tiga dari kir...

Tun Musa, Hajiji Tunai Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Negeri

Image
Wartawan     :  Idris Sani Saberun Jurufoto          :  Johny Joklis KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Musa Aman bersama-sama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bersama lebih 7,000 jemaah di Masjid Negeri Sabah, hari ini. Ketibaan  Tun Musa   pada jam 7.20 pagi disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri lll Datuk Ir. Shahelmey Yahya,  Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M.Yahya  dan  Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa Majlis Solat Sunat Aidilfitri  Peringkat Negeri Datuk  Jumain Abdul Ghani. SOLAT... Suasana solat sunat Hari Raya Aidilfitri 1446H di ruang solat utama Masjid Negeri Sabah yang diimamkan oleh Suhaidi.  KHUTBAH KHAS... Mulimin mengamati  Khutbah Khas bert...

Tun Musa Hadiri Majlis Doa Selamat Melihat Anak Bulan Syawal 1446H

Image
Wartawan     : Siscalistorina Janius Jurufoto          :  Azman Jumat KOTA KINABALU:  Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menghadiri Majlis Doa Selamat Sempena Melihat Anak Bulan Syawal 1446H di Istana Seri Kinabalu. Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag. Turut hadir, Speaker DUN, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, jemaah menteri kabinet serta pembantu-pembantu menteri. Toh Puan Faridah (dua dari kanan) bersama Juliah (tiga dari kanan) dalam majlis tersebut. Tun Musa (enam dari kiri) solat bersama jemaah yang lain yang dipimpin oleh Zulfauzy.  Tun Musa (dua dari kiri) dan Toh Puan Faridah (tiga dari kanan) ketika memotong kek sempena  sambutan u lang tahun kelahiran ke...

Anak Bulan Syawal Kelihatan di Balai Cerap Al-Biruni

Image
Wartawan     : Idris Sani Saberun Jurufoto          :  Mohd Sazwan Roslan PUTATAN:  Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar mengesahkan anak bulan syawal kelihatan hasil cerapan di Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, dekat sini pada petang Ahad. Proses cerapan yang dijalankan selama 48 minit bermula pada jam 6.24 petang dan berakhir pada jam 7.14 malam itu memperolehi hasilnya apabila anak bulan mula kelihatan pada jam 6.56 petang melalui  pillar  kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) yang diketuai oleh Pengarahnya, Datuk Jumain Abdul Ghani menggunakan peralatan teleskop jenis  Sky-Watcher EQ6-R Pro  milik  Pejabat Mufti Negeri Sabah. Bungsu  yang mengetuai Upacara Rukyah Hilal S yawal  1446H bersama lapan Ahli Jawatankuasa (AJK) Rukyah Hilal  Negeri Sabah mengesah dan menyerahkan keputusan cerapan tersebut kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di ibu n...

60 Asnaf, 10 Masjid dan Surau Terima Sumbangan

Image
Wartawan     :  Mohd Haizul Rohani Jurufoto        : Jefren Malaning KOTA KINABALU: Seramai 60 orang asnaf dan 10 buah masjid serta surau di sekitar Pulau Gaya menerima sumbangan sempena menyambut ketibaan Syawal. Sumbangan berupa bakul makanan dan wang tunai dari Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Sabah itu disampaikan oleh TImbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya dalam  Program Sahur dan Solat Subuh Bersama Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Sains Teknologi Inovasi Dengan Penduduk Kampung Pulau Gaya  di Masjid Al-Aliff Kampung Pulau Gaya, pada Sabtu. Beliau  berharap sumbangan tersebut dapat mengeratkan hubungan di antara kerajaan dan masyarakat, di samping memberi kelegaan kepada golongan tersebut dalam membuat persiapan menyambut satu Syawal dalam beberapa hari lagi.  Shahelmey (tiga dari kiri) ketika menyampaikan sumbangan. Shahelmey ketika ditemui media.  SUASANA.....

PERUTUSAN TYT SABAH: Perkukuhkan Ukhuwah, Perpaduan Semasa Sambutan Aidilfitri

Image
Wartawan      : Abdu Azmie bin Mohd Ibrahim Jurufoto          : Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU:  Rakyat di negeri ini digesa  agar terus memperkukuh ukhuwah dan semangat perpaduan melalui tradisi ziarah-menziarahi dan bermaaf-maafan semasa sambutan Aidilfitri. Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman berkata  perpaduan yang kukuh adalah asa s kepada kemakmuran dan kejayaan sesebuah negara. Malah katanya, melalui perpaduan yang terjalin erat, rakyat mampu menghadapi segala cabaran yang mendatang dan mencipta peluang holistik bagi meningkatkan kesejahteraan hidup bersama. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. “Ini menjadikan Aidilfitri sebagai wasilah memperkukuh perpaduan sesa ma umat Islam dan masyarakat secara keseluruhan selain merai kemenangan dalam perjuangan menongkah arus ujian serta cabaran ibadah puasa dengan takbir, tahmid dan takdis (penyucian). “Aidilfitri juga bukan sekadar satu perayaan agama, tetap...

Media Main Peranan Sebar Luas Dasar, Inisiatif KPT - Mustapha

Image
Wartawan : Idris Sani Saberun Foto : Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU : Media massa memainkan peranan penting dalam membantu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyebarluaskan maklumat berkaitan dasar, program serta inisiatif yang dilaksanakan kementerian. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata kewartawanan profesional sangat penting dalam memastikan setiap maklumat yang disampaikan adalah tepat dan sahih, terutamanya dalam era digital yang menyaksikan lambakan berita tidak berasas.   Mustapha  ketika menyampaikan ucapan pada  Majlis Tautan Kasih Bersama Pengamal Media Zon Sabah pada Khamis.   "Cabaran besar kini ialah kemunculan wartawan jadian di media sosial yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.  " Di sinilah pentingnya peranan wartawan profesional untuk menangkis maklumat tidak tepat ini dengan melaporkan fakta sebenar,”  katanya ketika berucap pada Majlis Tautan Kasih Bersama Pengamal Media ...

Toh Puan Faridah Hadiri Majlis Doa Selamat, Berbuka Puasa

Image
Wartawan : Siscalistorina Janius Foto : Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Doa Selamat dan Berbuka Puasa bersama 150 tetamu. Mereka terdiri daripada persatuan serta NGO Islam antaranya Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah ( PERTIWISA), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). KENANGAN... Toh Puan Faridah (tengah,duduk) ketika bergambar kenangan bersama para tetamu yang hadir. Keberangkatan Tiba Toh Puan Faridah pada jam 6 petang di Dewan Seri Kinabalu, Istana Seri Kinabalu diiringi oleh  isteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Juliah Salag dan  isteri Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datin Seri Panglima Norani Salleh. Acara dimulakan dengan tazkirah oleh Ketua Program Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaysia Sabah, Dayang Hafizah Basir  sebelum berbuka puasa bersama dalam majlis itu. Ustazah Dayang ketika m...

JPJ Sabah Keluarkan 946 Saman Sepanjang Tiga Hari OPS HRA

Image
Wartawan : Hamidah Len Foto : Volintine Jiloh KOTA KINABALU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah mengeluarkan 946 notis saman dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (OPS HRA) yang berlangsung dari 24 hingga 26 Mac 2025. Pengarah JPJ Sabah, Harris Ali, berkata sebanyak 5,481 kenderaan diperiksa dalam operasi tersebut, dengan 467 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. Harris ketika ditemui media. "Kesalahan paling tinggi direkodkan ialah Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dengan 238 kes, diikuti pemandu tidak memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) sebanyak 211 kes serta 105 kes membabitkan kenderaan yang tidak dilindungi insurans. "Selain itu, JPJ turut mengeluarkan 45 saman terhadap pengguna jalan raya yang tidak memakai topi keledar atau tali pinggang keledar serta 15 saman bagi kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pelancaran Ops Khas Sempen...