Tun Musa Hadiri Majlis Doa Selamat Melihat Anak Bulan Syawal 1446H

Wartawan    : Siscalistorina Janius
Jurufoto        : 
Azman Jumat


KOTA KINABALU:  Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menghadiri Majlis Doa Selamat Sempena Melihat Anak Bulan Syawal 1446H di Istana Seri Kinabalu.

Majlis turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag.

Turut hadir, Speaker DUN, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif, Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, jemaah menteri kabinet serta pembantu-pembantu menteri.

Toh Puan Faridah (dua dari kanan) bersama Juliah (tiga dari kanan) dalam majlis tersebut.

Tun Musa (enam dari kiri) solat bersama jemaah yang lain yang dipimpin oleh Zulfauzy.

 Tun Musa (dua dari kiri) dan Toh Puan Faridah (tiga dari kanan) ketika memotong kek sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-74 TYT Sabah.

 Tun Musa (lima dari kiri) bersama jemaah lain ketika bacaan yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Zulfauzy (kanan).

Tun Musa (dua dari kiri) bersama Hajiji (kiri) ketika dalam majlis tersebut.


Bungsu (kanan) mempersembahkan keputusan hilal ramadan kepada Tun Musa (tiga dari kiri).


Terdahulu, Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar mempersembahkan keputusan cerapan hilal Ramadan yang dibuat di Balai Cerap Al Biruni kepada Tun Musa.

Tun Musa menunaikan solat maghrib dan isyak, serta bacaan yasin dan tahlil, yang dipimpin oleh Pegawai Agama Istana, Ustaz Zulfauzy Awang Besar, seterusnya takbir raya yang diketuai oleh Bungsu di Dewan Istiadat Istana Negeri Seri Kinabalu, pada malam Ahad.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung sambutan ulang tahun kelahiran ke-74 Tun Musa yang diraikan bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin dengan memotong pulut kuning.

Seramai lebih kurang 190 orang tetamu menghadiri majlis berkenaan./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah