Sambutan Aidilfitri Istana Seri Kinabalu Meriah

Wartawan    : Zuraidah Ahmad
Jurufoto        : 
Johny George Kimlon


KOTA KINABALU:  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446H Istana Seri Kinabalu hari ini berlangsung meriah.

Ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin kira-kira jam 10.30 disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag.

Majlis dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin Pegawai Agama Istana, Zulfauzy Awang Besar sebelum para tetamu jemputan menikmati pelbagai aneka juadah Hari Raya.

 Antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

 Antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

 Juliah (tiga dari kiri) mengiringi Toh Puan Faridah (tengah) di meja utama.

 Tun Musa (tiga dari kiri) dan Toh Puan Faridah (tiga dari kanan) bersama-sama Kadzim (kiri) dan Hajiji serta isteri masing-masing di dalam Bilik Kunjungan Kecil Istana Seri Kinabalu.

Hajiji (tiga dari kiri) bersama-sama Tun Musa (tengah) di meja utama.

 Tun Musa bersalaman dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim (kiri).

Tun Musa (kanan) bersalaman dengan Jeffrey.


Antara yang hadir ialah Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan isteri, Datin Seri Panglima Noraini Salleh, Timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam dan Datuk Ir. Shahelmey Yahya, jemaah menteri kabinet negeri serta konsul-konsul negara asing.

Pada majlis itu, para tetamu dihiburkan dengan persembahan rangkaian lagu Hari Raya Aidilfitri yang dipersembahkan oleh Kombo Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Inspektor Wilbono Zain./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah