Toh Puan Faridah Hadiri Majlis Doa Selamat, Berbuka Puasa

Wartawan : Siscalistorina Janius

Foto : Mohd Sazwan Roslan


KOTA KINABALU: Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Majlis Doa Selamat dan Berbuka Puasa bersama 150 tetamu.

Mereka terdiri daripada persatuan serta NGO Islam antaranya Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).


KENANGAN... Toh Puan Faridah (tengah,duduk) ketika bergambar kenangan bersama para tetamu yang hadir.



Keberangkatan Tiba Toh Puan Faridah pada jam 6 petang di Dewan Seri Kinabalu, Istana Seri Kinabalu diiringi oleh isteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Juliah Salag dan isteri Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datin Seri Panglima Norani Salleh.

Acara dimulakan dengan tazkirah oleh Ketua Program Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaysia Sabah, Dayang Hafizah Basir  sebelum berbuka puasa bersama dalam majlis itu.


Ustazah Dayang ketika menyampaikan sesi tazkirah sebelum berbuka puasa.


Program diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, diimamkan Ustazah Lilis Mulyani Ma’mun, diikuti bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat oleh Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA).

Toh Puan Faridah seterusnya menunaikan solat Isyak dan tarawih bersama jemaah lain sebelum jamuan moreh.

Dalam majlis tersebut, Toh Puan Faridah menyampaikan cenderahati kepada Dayang Hafizah, Datin Halimah Sidik dan Nurul Nurjuniza Mohammad./Penerangan-


Ustazah Dayang (tiga dari kanan) ketika menerima cendera kenangan daripada Toh Puan Faridah (dua dari kanan).


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah