Posts

Showing posts from June, 2025

Sabah Lancar Borneo.TV Platform Digital Angkat Budaya ke Persada Dunia

Image
Wartawan     : Suzaima Ibrahim Jurufoto          :  Azman Jumat KOTA KINABALU: Sabah terus mengorak langkah dalam dunia penyiaran digital apabila melancarkan Borneo.TV, sebuah platform penstriman baharu yang mengetengahkan wajah, suara dan budaya negeri ke persada dunia. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor  berkata platform dengan slogan “Cerita Sabah di Mata Dunia”  (“Sabah in the Eyes of the World”)  itu bakal menjadi saluran utama menyampaikan kandungan sahih, dokumentari asli, seni budaya dan keindahan alam semula jadi Sabah melalui pendekatan digital yang lebih moden, fleksibel dan global. "Pelancaran Borneo.TV adalah langkah tepat dalam era media penstriman  Over-The-Top (OTT)  yang tidak lagi bergantung kepada saluran konvensional, selain memberi peluang kepada pencipta kandungan tempatan menembusi pasaran lebih luas. “Perubahan gaya hidup masyarakat hari ini daripada komunikasi hingga hiburan, segalanya d...

Ganjaran Tunai Bagi Penjawat Awam Lapor Rasuah

Image
Wartawan     : Hamidah Len Jurufoto          :  Merusin Minuddin KOTA KINABALU:  Penjawat awam yang melaporkan pemberian atau penerimaan rasuah layak menerima ganjaran tunai setimpal jumlah wang sogokan ditawarkan. Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah berkata langkah tersebut  selaras dasar kerajaan sejak  tahun 2011 yang  bertujuan mengiktiraf integriti dan keberanian penjawat awam yang tampil melaporkan amalan rasuah, sama ada berkaitan pemberian atau penerimaan suapan. “Sekiranya seorang penjawat awam membuat laporan kepada SPRM berhubung pemberian rasuah dan hasil siasatan membawa kepada tangkapan serta pendakwaan, kes itu akan dibawa ke mahkamah. "Jika tertuduh mengaku salah atau didapati bersalah maka kes itu akan dinilai oleh sebuah jawatankuasa peringkat negeri,” katanya ketika ditemui media semasa Seminar Tatakelola Berintegriti: Teras Reformasi Perkhidmatan Awam, p...

Golongan Bapa Mainkan Peranan Penting Dalam Keluarga

Image
Wartawan     : MatFazley Mat Kassim  Jurufoto          :  Volintine Jiloh KOTA KINABALU:  Golongan bapa perlu memainkan peranan penting dalam keluarga dan memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif daripada gadget. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata  kepentingan ilmu kekeluargaan seharusnya diberi perhatian termasuk aspek pendidikan, keagamaan dan pembangunan sahsiah serta akhlak yang mulia. "Sebab tugas penting kita ialah melahirkan generasi yang menjadi insan dan keluarga yang baik.  "Jadi, ini peranan penting yang kita fikirkan perlu difahami sebab kita tidak mahu bapa-bapa sekarang, bapa-bapa yang muda ini dia me nyerahkan pendidikan anak ini kepada teknologi.   "Malah, fenomena yang agak merisaukan apabila kita mendidik anak dengan teknologi, membiarkan anak-anak terpengaruh dengan teknologi tanpa memberikan mereka pendedahan tentang agama, pendidikan akhlak dan...

JAPEN SABAH, KTC Jalin Kerjasama Strategik Dalam KMJG 2025

Image
Wartawan     : Deonalissa Jekee Edin Jurufoto          :  Johny George Kimlon KOTA KINABALU:  Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sabah dan Kim Teck Cheong  Consolidated Berhad (KTC)  menjalin kerjasama strategik dalam program tahunan, Konvoi Kembara Merdeka  Jalur Gemilang (KMJG) 2025. Pengarah Eksekutifnya,  Datuk Dexter Lau berkata syarikatnya berbesar hati untuk menyokong konvoi berkenaan sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR). "Selama ini, KTC telah melaksanakan pelbagai program CSR dan peluang kerjasama dengan JAPEN untuk konvoi KMJG ink sememangnya satu peluang yang tidak akan kami tolak.  CENDERAHATI...Dexter (tiga dari kiri) menerima cenderahati daripada Jainisah (tiga dari kanan).  KENANGAN...Dexter (dua dari kiri) dan Jainisah (dua dari kanan) bergambar kenangan.  Suasana perbincangan kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak. Jainisah (kanan) memberi penerangan kepada ...

Anugerah Lagu SABAHfm 2025 Tawar Jumlah Keseluruhan RM48,000

Image
Wartawan     : Suzaima Ibrahim Jurufoto          :  Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU:   Anugerah Lagu SABAHfm 2025 Musim Kedua anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah menawarkan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai RM48,000. Menurut Timbalan Pengarah Penyiaran Sabah, Ts. Cyril Simon, jumlah tersebut meningkat RM20,500 be rbanding RM27,500 yang ditawarkan pada edisi pertama pada tahun 2023. “Juara Anugerah Lagu SABAHfm 2025 akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM6,000, manakala pemenang kategori Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik, dan Penulis Lirik Terbaik masing-masing akan membawa pulang RM2,000,” katanya pada sidang media program tersebut di sini, pada Isnin. Jelas beliau, juara bagi kategori etnik Kadazan, Bajau, Murut dan Dusun akan menerima RM4,000 setiap kategori, sementara naib juara akan membawa pulang RM3,000, dan tempat ketiga RM2,000 bagi setiap kategori.  "Anugerah yang berkonsepkan hiburan pe...

Festival Budaya Lotud BBKWDDP Bantu Pelihara Budaya, Tradisi

Image
Wartawan     : Jurufoto          : Johny George Kimlon TUARAN:    Penganjur Festival Budaya Lotud BBKWDDP membantu memelihara budaya dan tradisi masyarakat suku Lotud. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata inisiatif tersebut harus diberi pujian dalam usaha kerajaan mengekalkan budaya warisan bangsa. "Kerajaan negeri menyokong penuh inisiatif seperti ini yang memperkukuh nilai budaya dan memperkasakan belia melalui aktiviti seni warisan. "Saya berharap agar kaum Dusun Lotud menjadi kaum yang progresif dan setanding dengan komuniti lain di negeri ini," ujarnya ketika merasmikan Majlis Penutupan Festival Budaya Lotud BBKWDDP di Dewan Hone, IPGM Kent di sini, pada Ahad.  Hajiji (tiga dari kiri) menerima cenderahati daripada pihak penganjur sambil diperhatikan Juliah (tiga dari kanan).   Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis itu.  Hajiji ketika berucap merasmikan Majlis...

Berita Palsu Cabaran Besar Media Menjelang Pilihan Raya - Presiden SJA

Image
Wartawan     : Siscalistorina Janius Jurufoto     :  Shahvian Mohd Razali/Jefren Malaning/Merusin Minuddin KOTA KINABALU: Penyebaran berita tidak sahih di media sosial merupakan antara cabaran terbesar yang dihadapi industri media, khususnya menjelang musim pilihan raya yang dijangka menjadi medan pertempuran politik. Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mariah Doksil berkata laporan palsu dan separuh benar bukan sahaja menjejaskan perniagaan dan reputasi kerajaan serta ahli politik, malah mampu memecahbelahkan perpaduan masyarakat. “Kita semua tahu betapa besar kesan berita tidak sahih. Ketika pilihan raya, laman media sosial menjadi tumpuan penyebaran maklumat dan sekiranya tiada kawalan boleh membawa kesan buruk kepada kestabilan masyarakat,” katanya pada Majlis Anugerah Kinabalu Press Awards (KPA) 2025, pada Ahad. Justeru, Mariah mencadangkan agar kerajaan negeri menjalin perkongsian strategik secara langsung dengan organisasi media termasuk me...

Sa'adillah Tokoh Regatta Lepa 2025

Image
Wartawan     : Mohd Haizul Rohani Jurufoto          : Mohd Sazwan Roslan SEMPORNA:   Sambutan Regatta Lepa Semporna 2025 menutup tirai dengan penganugerahan Tokoh Regatta Lepa yang baharu. Pengarah pertama Institut Latihan Awam Negeri Sabah (INSAN) Datuk Dr Sa'adillah Abdillah 68 tahun dinobatkan sebagai Tokoh Regatta Lepa tahun ini dalam Majlis Penutupan Regatta Lepa Semporna 2025. Anugerah tersebut diberikan bagi mengenang jasa beliau semasa berkhidmat dalam Kerajaan Negeri dan juga usaha beliau dalam memartabatkan budaya masyarakat di negeri ini khususnya Semporna. Hadiah berupa sijil penghargaan dan wang tunai sepuluh ribu ringgit itu disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew yang merasmikan majlis tersebut mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor. Christina (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Jaya (tengah) sebagai pemenang pertandingan Lepa Tradisi. RASM...

Regatta Lepa Semporna Disenaraikan Dalam Kalendar Pelancongan Sabah - Hajiji

Image
Wartawan     : Mohd Haizul Rohani Jurufoto          :  Mohd Sazwan Roslan SEMPORNA:   Regatta Lepa Semporna yang merupakan pesta tradisional ikonik suku kaum Bajau serta tarikan pelancongan tahunan utama bagi negeri ini telah disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Sabah tahun ini. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata ia membuktikan masyarakat di negeri ini memberikan komitmen dalam memartabatkan warisan mereka di samping memperkenalkannya kepada pelancong dari seluruh dunia. “Lebih istimewa, tahun ini merupakan kali ke-30 tahun pesta Regatta Lepa Semporna dianjurkan sekaligus membuktikan keteguhan komitmen masyarakat Semporna dalam memartabatkan warisan budaya mereka.  “Dengan penyenaraian pesta ini dalam kalendar pelancongan, diharapkan acara ini akan mencapai tahap baharu dan mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang dan merasai kemeriahannya,” kata Hajiji dalam teks ucapannya yang disampaikan oleh Menteri...

Pengamal Media Diseru Jalankan Tugas Dengan Integriti, Bertanggungjawab - Hajiji

Image
Wartawan     : Siscalistorina Janius Jurufoto          :  Jefren Malaning/ Shahvian Mohd Razali / Merusin Minuddin KOTA KINABALU: Pengamal media diseru untuk menjalankan tugas dengan penuh integriti, berlandaskan prinsip kewartawanan yang profesional dan bertanggungjawab. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata k ejayaan serta penyampaian maklumat berhubung pelaksanaan dasar-dasar kerajaan turut bergantung kepada peranan penting media dalam menyampaikan maklumat secara jelas dan berkesan kepada rakyat. Manakala dalam konteks pembangunan negeri, katanya kerajaan terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif yang memanfaatkan rakyat dan mempercepatkan kemajuan Sabah menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Sebahagian penerima anugerah yang lain. Sebahagian penerima anugerah yang lain. Mohd Adam Eussoffefuddin (tengah)  Merusi n Minuddin (kanan) dan Arjasneh Ahmad (kiri) bergambar kenangan be...