Sa'adillah Tokoh Regatta Lepa 2025

Wartawan    : Mohd Haizul Rohani
Jurufoto        : Mohd Sazwan Roslan

SEMPORNA:  Sambutan Regatta Lepa Semporna 2025 menutup tirai dengan penganugerahan Tokoh Regatta Lepa yang baharu.

Pengarah pertama Institut Latihan Awam Negeri Sabah (INSAN) Datuk Dr Sa'adillah Abdillah 68 tahun dinobatkan sebagai Tokoh Regatta Lepa tahun ini dalam Majlis Penutupan Regatta Lepa Semporna 2025.

Anugerah tersebut diberikan bagi mengenang jasa beliau semasa berkhidmat dalam Kerajaan Negeri dan juga usaha beliau dalam memartabatkan budaya masyarakat di negeri ini khususnya Semporna.

Hadiah berupa sijil penghargaan dan wang tunai sepuluh ribu ringgit itu disampaikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Christina Liew yang merasmikan majlis tersebut mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Christina (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Jaya (tengah) sebagai pemenang pertandingan Lepa Tradisi.

RASMI...Christina (tengah) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Penutupan Regatta Lepa 2025.

Azirah (tiga dari kanan) menerima hadiah selepas dinobatkan sebagai Ratu Lepa 2025

Christina (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah dan sijil kepada Sa'adillah (tiga dari kanan).



Turut disampaikan pada majlis tersebut hadiah pemenang pertandingan Ratu Lepa 2025 yang dimenangi oleh Azirah Ramlee dengan membawa pulang wang tunai sepuluh ribu ringgit. 

Pertandingan Lepa Tradisi yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 dimenangi oleh Muhammad Jaya Biskal mewakili Kampung Sungai Gajah Darat.

Dalam majlis itu jug,  Pegawai Daerah Alexander Liew menyerahkan Sijil Malaysia Book Of Record kepada Christina selepas mencipta rekod persembahan Igal teramai iaitu 1,613 orang penari selama sejam tanpa henti pada 21 Jun lalu.

Hadir sama dalam majlis itu Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih@ Liasnih dan Pembantu Menteri Kewangan Datuk tan Lee Fat./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah