Wartawan : Idris Sani Saberun Foto : Jefren Malaning KOTA KINABALU : Program PUSPA VOICE 2.0 berjaya mengetengahkan bakat seni suara wanita tempatan sekaligus memperkukuh peranan wanita dalam bidang seni dan budaya di Sabah. Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah, Datuk Dr. Nuinda Alias berkata kejayaan penganjuran tersebut membuktikan komitmen berterusan PUSPANITA dalam menyediakan ruang bagi wanita menonjolkan bakat masing-masing di pentas terbuka. Nuinda ketika berucap merasmikan PUSPA VOICE 2.0 di Palm Square, Centre Point Sabah pada Sabtu. "Saya sangat bangga dan gembira dengan kualiti penyertaan tahun ini. Ketika melihat pusingan pertama tadi, saya teruja menyaksikan persembahan dan vokal peserta finalis yang begitu hebat," katanya ketika ditemui media sejurus merasmikan program tersebut, pada Sabtu. Jelasnya, PUSPA VOICE 2.0 bukan sekadar pertandingan nyanyian semata-mata, malah didukung oleh tiga objektif utama iaitu menggalakkan penyertaan dan jali...
Comments
Post a Comment