Festival Budaya Lotud BBKWDDP Bantu Pelihara Budaya, Tradisi
Wartawan :
Jurufoto : Johny George Kimlon
TUARAN: Penganjur Festival Budaya Lotud BBKWDDP membantu memelihara budaya dan tradisi masyarakat suku Lotud.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata inisiatif tersebut harus diberi pujian dalam usaha kerajaan mengekalkan budaya warisan bangsa.
"Kerajaan negeri menyokong penuh inisiatif seperti ini yang memperkukuh nilai budaya dan memperkasakan belia melalui aktiviti seni warisan.
"Saya berharap agar kaum Dusun Lotud menjadi kaum yang progresif dan setanding dengan komuniti lain di negeri ini," ujarnya ketika merasmikan Majlis Penutupan Festival Budaya Lotud BBKWDDP di Dewan Hone, IPGM Kent di sini, pada Ahad.
![]() |
| Hajiji (tiga dari kiri) menerima cenderahati daripada pihak penganjur sambil diperhatikan Juliah (tiga dari kanan). |
![]() |
| Antara tetamu kehormat yang hadir pada majlis itu. |
![]() |
| Hajiji ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Festival Budaya Lotud BBKWDDP. |
![]() |
| Hajiji bersalaman bersama hadirin yang hadir semasa perasmian. |
![]() |
| Hajiji disambut sejurus tiba ke majlis berkenaan. |
![]() |
| SIMBOLIK... Hajiji (empat dari kiri) memalu gong simbolik perasmian program. |
Program yang julung kali diadakan itu melibatkan tujuh kampung iaitu Kampung Batangan, Barus, Korompitut, Wokok, Dungang 1, Dungang 2, dan Pendamai yang mengetengahkan pelbagai pengisian bersifat integratif merangkumi warisan, kesihatan, pendidikan dan ekonomi komuniti budaya dan warisan Dusun Lotud.
Antara pengisian utamanya ialah Bicarawara Buda ya dengan tajuk "Memperkasa Komuniti Lotud" menjadi medan mengetengahkan suara autentik daripada kalangan cendekiawan budaya, aktivis masyarakat dan generasi muda, selain pameran pakaian tradisi dan jualan kamus Lotud, pertandingan makanan tradisi dan Pertandingan Ta'il Bulawan.
Turut hadir Isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Juliah Salag, Pengerusi Penganjur Pesta Kebudayaan Lotud BBKWDDP 2025 Dr Eddysamond Layun dan beberapa pemimpin setempat./Penerangan-






Comments
Post a Comment