Golongan Bapa Mainkan Peranan Penting Dalam Keluarga

Wartawan    : MatFazley Mat Kassim 
Jurufoto        : 
Volintine Jiloh


KOTA KINABALU:  Golongan bapa perlu memainkan peranan penting dalam keluarga dan memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan unsur-unsur negatif daripada gadget.


Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata kepentingan ilmu kekeluargaan seharusnya diberi perhatian termasuk aspek pendidikan, keagamaan dan pembangunan sahsiah serta akhlak yang mulia.


"Sebab tugas penting kita ialah melahirkan generasi yang menjadi insan dan keluarga yang baik. 


"Jadi, ini peranan penting yang kita fikirkan perlu difahami sebab kita tidak mahu bapa-bapa sekarang, bapa-bapa yang muda ini dia me nyerahkan pendidikan anak ini kepada teknologi.

 

"Malah, fenomena yang agak merisaukan apabila kita mendidik anak dengan teknologi, membiarkan anak-anak terpengaruh dengan teknologi tanpa memberikan mereka pendedahan tentang agama, pendidikan akhlak dan juga pendidikan formal. 


Mustapha melawat reruai pameran agensi yang mengambil bahagian dalam program. 

CENDERAHATI...Mustapha (empat dari kiri) menerima cenderahati dari pihak penganjur.

KENANGAN... Mustapha (tengah) mengabadikan kenangan bersama peserta yang hadir. 

Mustapha (kanan) ketika ditemui media. 

KENANGAN... Mustapha (tengah) mengabadikan kenangan bersama peserta yang hadir. 

GIMIK...Mustapha memalu gong bagi melaksanakan gimik perasmian majlis. 

"Ini penting kalau tidak, kita akan menjadikan generasi yang dipengaruhi oleh maklumat-maklumat daripada sumber gadget teknologi saja. 


"Kita sendiri sebagai ibu bapa tidak memberikan pendedahan yang baik kepada mereka. Jadi, saya fikir ini perlu diusahakan bersama supaya kita dapat melahirkan generasi yang baik untuk menjadi pewaris kepada negeri dan juga negara ini," ujarnya kepada media selepas merasmikan Program Kesejahteraan Lelaki Sempena Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Sabah 2025 di Dewan Amil Jaya, Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah Kota Kinabalu, pada isnin. 


Selain itu, beliau turut menegaskan pemerkasaan lelaki dalam keluarga perlu berfokus kepada memberikan sokongan dan kesedaran kepada lelaki untuk menjalankan tanggungjawab mereka kepada suami, bapa dan pemimpin keluarga. 

Katanya, hal tersebut mustahak untuk membentuk keluarga yang lebih harmoni, stabil dan bahagia. 

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Henry Idol, Pengarah Bahagian Sumber Manusia mewakili Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Abdul Halil Omar, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah Shahriah Saharom, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah Jennita Noordin dan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah IPK Sabah ACP Mohd Norazlan Abd. Razak./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah