Posts

Showing posts from July, 2025

Tiga MOU Strategik Dimeterai Perkasa Sektor Pertanian, Ternakan di Sabah

Image
  Wartawan  :  Deonalissa Jekee Edin  Foto :  Azman Jumat KOTA KINABALU : Tiga Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai dalam usaha memajukan sektor pertanian serta meningkatkan keterjaminan makanan negara. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, tiga MoU berkenaan di antara Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Keningau dan Absolute Moringa Sdn. Bhd. (AM Sdn. Bhd), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Desa Keningau Livestock Industries Sdn. Bhd. (DKLI) serta LPP dan Sawit Kinabalu Farm Products Sdn. Bhd. (SKFP) melibatkan jumlah keseluruhan bernilai RM 13 juta. KENANGAN...Arthur (tengah) bergambar kenangan bersama pihak yang terlibat dengan MoU. "Perjanjian pertama melibatkan kerjasama antara PPK Keningau dan AM Sdn Bhd dengan nilai MoU sebanyak RM10 juta dalam bidang pemasaran dan pengedaran input pertanian dengan tujuan memperkasakan perniagaan dan perkhidmatan bekalan input pertanian pertubuhan pelad...

Tun Musa Santuni Waris Wira Negara Gugur Dalam Op Daulat

Image
Wartawan: Hamidah Len Foto: Volintine Jiloh/Vicky Sylvester Matanjang/Mohd Sazwan Roslan   KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menyantuni waris anggota keselamatan yang terkorban dalam insiden Op Daulat pada Mac 2013 di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Tun Musa bersalaman dengan anak kepada allahyarham  Sarjan Sabaruddin Daud. Tun Musa menyantuni waris Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud, iaitu isteri beliau Nurunnisa Abu Bakar bersama dua anak mereka, Noor Muhammad Aqil Zulkifli dan Noor Aqib Syahid Zulkifli yang turut hadir dalam sesi sembah kenal berkenaan. Tun Musa menyampaikan sumbangan kepada antara waris wira Op Daulat. Turut disantuni ialah waris Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, iaitu isterinya Noor Aziah Noor bersama anak-anak mereka, Haziqah Zuhairah Sabaruddin dan Hazreq Zafri Sabaruddin. Tun Musa bersalaman dengan anak kepada allahyarham  Sarjan Sabaruddin Daud. Selain itu, Tun Musa turut menyantuni ibu bapa kepada Allahyarham K...

Tun Musa Hadiri Sambutan Hari Pahlawan Sabah 2025

Image
Wartawan: Hamidah Len Foto:  Volintine Jiloh/Vicky Sylvester Matanjang/Mohd Sazwan Roslan   KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menghadiri Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2025 yang berlangsung di padang kawad Ibu Pejabat Polis Negeri, hari ini. Tun Musa (dua dari kiri) memeriksa KKU.   KKU daripada IPK Sabah. Acara dimulakan dengan Yang di-Pertua Negeri memeriksa perbarisan kawalan kehormatan utama (KKU) oleh 102 pegawai kanan polis serta pegawai rendah polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah yang diketuai Deputi Superintendan Polis, Akmal Nashreq Abd Malik dan Penolong Pegawai Baris, Asisten Superintendan Polis, Sallihan Lem Matin. Pancaragam gabungan disertai 80 anggota daripada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.  Upacara  diikuti tiupan  Last Post  dan bacaan doa bagi memperingati wira negara yang terkorban sebelum  diserikan dengan lintas hormat oleh 13 veteran Angkat...

Penglibatan Belia Dalam Festival Kebudayaan Angkat dan Perkasa Seni Budaya - Japlin

Image
 Wartawan :  Mohd Haizul Rohani  Foto :  Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU: Penglibatan golongan belia dalam festival kebudayaan dapat mengangkat serta memperkasa seni budaya warisan negeri ini. Japlin semasa sesi temubual bersama Sabahfm dan SabahVfm. Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah (PRBSS) Datuk Japlin Akim berkata belia merupakan golongan yang akan  memartabatkan warisan seni budaya di negeri ini pada masa akan datang. "Banyak dari kalangan anak-anak muda yang terlibat dalam program yang kita anjurkan ini terutamanya acara-acara yang berkaitan dengan Pertandingan Bertitik, Ratu Serimpak, Soromas dan sebagainya.  "Saya mengharapkan supaya golongan belia terus hadir bersama-sama untuk melihat bagaimana program ini berjalan dan melibatkan diri di dalam aktiviti seni budaya warisan kita ini. "Sudah tentunya penglibatan pemuda itu amat diharapkan untuk kita sama-sama mengangkat dan juga memperkasakan seni budaya kita khususnya bagi Bajau...

DPIS Perkasa Perniagaan Masyarakat India, Bangunkan Ekonomi Sabah

Image
Wartawan: Zuraidah Ahmad Foto: Jefren Malaning KOTA KINABALU:   Dewan Perniagaan India Sabah (DPIS) memainkan peranan memperkasakan bidang perniagaan dalam kalangan masyarakat India seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sabah. Jothi ketika berbincang dengan Tun Musa (kanan). CENDERAMATA...Jothi (lima dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Tun Musa. Menurut Presiden DIS Datuk V Jothi, organisasi itu memberi fokus kepada usaha membangunkan perniagaan masyarakat India dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk menjadi fasilitator. "Saya harap kita akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah dan masyarakat India di Sabah.  Sebenarnya, kita ni  concentrate   on  ahli perniagaan so far kita ada lebih kurang 100 lebih ahli.  K a mi  sedang berusaha untuk menambah ahli lagi.  "Semua sedia maklum bahawa perniaga-perniaga kita hanya tumpukan perhatian kepada perniaga-perniaga kecil sederhana (PKS) jadi, apa ya...

Pesta Kobis 2025 Dijangka Tarik Lebih 20,000 Pengunjung

Image
Wartawan: Zuraidah Ahmad Foto:  Jefren Malaning KOTA KINABALU:   Pesta Kubis Kundasang Kali Ke-25 dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung ke daerah Ranau. Japiril (kiri) ketika menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Musa. Keyakinan itu dizahirkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana pesta berkenaan, Datuk Japiril Suhaimin berikutan pengumuman cuti tambahan  15 September 2025  oleh Perdana Menteri baru-baru ini.    "Pesta Kubis  akan berlangsung  di Pentas Budaya Kundasang, di perkarangan Pekan Kundasang  pada 13 hingga 16 September 2025. "Berdasarkan pengalaman tahun-tahun lalu, pengunjung dalam 15,000 hingga 20,000 sepanjang empat hari. Jadi, pada kali ini kerana cuti tambahan, saya ingat lebih ramai yang akan hadir," ujarnya. Jelas beliau, antara pengisian pesta tersebut itu  penganugerahan kepada para petani berjaya dalam bidang pertanian dan pelancongan, di samping pameran sayur-sayuran yang ditanam di Kundasang.  Be...

ESG Teras Pembangunan Mampan Kota Kinabalu - Mayor

Image
Wartawan: Hamidah Len Foto:  Johny Joklis KOTA KINABALU:   Pendekatan berteraskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) menjadi tunjang kerjasama strategik antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Petco Trading Labuan Company Ltd. dan Alpha Ocean Resources Berhad (AORB).   Sabin ketika menyampaikan ucapan aluan di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara DBKK dan Petco serta Memorandum Perjanjian (MoA) bersama AORB. Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata kerjasama-kerjasama itu selaras Pelan Strategik Bandaraya Kota Kinabalu 2025–2035 dan aspirasi Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon yang mengutamakan keseimbangan antara pembangunan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan sosial. “Pendekatan tadbir urus berasaskan prinsip ESG akan terus diterapkan agar pembangunan berlangsung secara seimbang dan beretika, tanpa menjejaskan komuniti nelayan pesisir atau mencemari sumber laut,” katanya. Beliau be...

Sabah Tuan Rumah Program Sufi Se-Nusantara 3.0 Mulai 21 Ogos

Image
Wartawan: Zuraidah Ahmad Foto: Jefren Malaning KOTA KINABALU:    Sabah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Program Sufi Se-Nusantara 3.0 mulai 21 hingga 24 Ogos ini. Bungsu (kiri) mendapatkan perkenan rasmi dari Tun Musa berkaitan kehadiran. Mufti Kerajaan Negeri Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar berkata program tersebut akan menghimpunkan  tokoh-tokoh dan para ulama ahli-ahli Sufi  dari beberapa buah negara nusantara dan majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman  di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu,  pada 22 Ogos malam. "Jadi, tujuan utama kunjungan kami adalah untuk memaklumkan kepada Tuan Yang Terutama Tun tentang program yang akan diadakan pada 21 sampai 24 Ogos bulan hadapan insyaAllah dan alhamdulillah, Tuan Yang Terutama berbesar hati untuk bersama dalam majlis perasmian. "Majlis perasmian akan diadakan pada 22 Ogos malam di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Pada  21 Ogos di Kundasang supaya Masyayikh S...

Sabah Miliki Potensi Lengkap Jadi Hab Perikanan Laut Dalam Serantau

Image
Wartawan: Hamidah Len Foto: Johny Joklis KOTA KINABALU: Sabah berada di landasan tepat untuk menjadi Hab Perikanan Laut Dalam terunggul di rantau ini susulan pelbagai kelebihan strategik yang dimilikinya. Hajiji ketika berucap pada  Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan  Petco Trading Labuan Company Ltd  serta Memorandum Perjanjian (MoA) antara DBKK dan  Alpha Ocean Resources Berhad  (AORB). Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, negeri itu bukan sahaja terletak di laluan migrasi tuna antarabangsa, malah memiliki pelabuhan semula jadi yang terlindung dan berhampiran negara pengeluar utama seperti Indonesia, Filipina dan Papua New Guinea.   “Kita memiliki segala prasyarat dari segi lokasi, sumber, infrastruktur dan sokongan dasar untuk memacu Sabah sebagai pusat pendaratan, pemprosesan dan pengeksportan hasil laut dalam berpiawaian antarabang...

Kad Pekerja MADANI Perkukuh Peranan Kesatuan Sekerja – Phoong

Image
Wartawan: Nazri Ramshah Abdul Basah Foto: Merusin Minuddin KOTA KINABALU:  Peluncuran Kad Pekerja MADANI membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan kesatuan sekerja dalam landskap pekerjaan negara. Bacaan ikrar sebelum sesi taklimat bermula.    Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata, melalui kad berkenaan, ahli kesatuan akan diberikan pengiktirafan rasmi serta akses kepada pelbagai manfaat digital yang direka bagi meningkatkan kesejahteraan mereka.    “Kad ini merupakan inisiatif strategik dan progresif daripada kerajaan kepada pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja di bawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS).   “Antara manfaat utama kad ini termasuk proses pengesahan status keahlian, pengumpulan data pekerja berkesatuan yang lebih tersusun, jaringan perlindungan sosial dan kebajikan, serta akses kepada ganjaran dan keistimewaan melalui kerjasama rakan strategik,”  katanya k...