DPIS Perkasa Perniagaan Masyarakat India, Bangunkan Ekonomi Sabah

Wartawan: Zuraidah Ahmad
Foto: Jefren Malaning




KOTA KINABALU:   Dewan Perniagaan India Sabah (DPIS) memainkan peranan memperkasakan bidang perniagaan dalam kalangan masyarakat India seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi Sabah.


Jothi ketika berbincang dengan Tun Musa (kanan).




CENDERAMATA...Jothi (lima dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Tun Musa.


Menurut Presiden DIS Datuk V Jothi, organisasi itu memberi fokus kepada usaha membangunkan perniagaan masyarakat India dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk menjadi fasilitator.

"Saya harap kita akan terus bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah dan masyarakat India di Sabah. Sebenarnya, kita ni concentrate on ahli perniagaan so far kita ada lebih kurang 100 lebih ahli. Kami  sedang berusaha untuk menambah ahli lagi. 

"Semua sedia maklum bahawa perniaga-perniaga kita hanya tumpukan perhatian kepada perniaga-perniaga kecil sederhana (PKS) jadi, apa yang mereka perlu kita kita bantu sebagai fasilitator kepada semua ahli masyarakat India di negeri Sabah.


Jothi ketika bercakap kepada media di Istana Seri Kinabalu.



"Jadi, saya mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Ketua Menteri yang sentiasa memberi peluang dan bantuan kepada kami baik itu dana, peruntukan, bantuan biasiswa untuk anak-anak ataupun kuil dan kita juga akan membantu kerajaan negeri untuk meningkatkan ekonomi dan perpaduan Madani," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Tambah beliau, kunjungan tersebut untuk membincangkan isu-isu semasa, di samping melaporkan aktiviti berkaitan organisasi tersebut./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah