RM18.9 Juta Disalur Kepada 182 Usahawan PMKS Sabah di Bawah BEEP
Wartawan : Siscalistorina Janius Jurufoto : Mohd Rizal Matasan PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi agensinya SME Corp Malaysia menyalurkan geran pembiayaan sejumlah RM18.9 juta kepada 182 usahawan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) Sabah di bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) 2.0 dan BEEP Plus. Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, daripada jumlah itu 44 syarikat menerima geran BEEP 2.0 bernilai RM7.42 juta dan 138 syarikat PMKS menerima geran BEEP Plus berjumlah RM11.48 juta. Beliau berkata, BEEP Plus adalah inisiatif yang beliau perkenalkan pada tahun 2023 di bawah Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara - Perspektif KUSKOP bagi membantu menangani keperluan PMKS di Malaysia Timur yang berhadapan dengan cabaran tersendiri khususnya kos perniagaan yang lebih tinggi. “BEEP Plus telah diperkenalkan di Sabah dan Sarawak susulan libat urus kita dengan usahawa...