Kenang Jasa Pasukan Keselamatan Jaga Keamanan - Anwar
Wartawan : Mohd Haizul Rohani
Jurufoto : Vicky Sylvester Matanjang, Johnny Joklis
SANDAKAN: Rakyat negara ini diingatkan agar tidak melupai sumbangan pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan.
Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim berkata setiap lapisan masyarakat seharusnya sentiasa ingat segala nikmat yang dikecapi hari ini merupakan hasil keamanan yang berjaya dipertahankan oleh pasukan keselamatan khususnya dalam menjaga sempadan negara.
"Sebagai negara maritim, kawasan perairan kita yang luas ini menjadi tanggungjawab kita dan seringkali rakyat selalu diperingatkan, orang berniaga, orang politik, kerana negara ini aman, stabil serta ekonomi kita mampan.
"Tapi orang lupa, semua ini dan keamanan yang ada ialah hasil pengorbanan pasukan keselamatan, jadi sebab itu kita harus sentiasa siap-siaga kelengkapannya, disiplinnya, tanggungjawab yang disempurnakan dengan penuh amanah.
![]() |
| SUASANA...Ketibaan Anwar ke Majlis Majlis Jelajah Wira Madani Dan Sambutan Ulang Tahun Ke-29 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). |
"Negara aman, kita nak tangani masalah penyeludupan, penyeludupan manusia, barang, senjata, dadah dan juga pencerobohan. Ini semua memerlukan satu angkatan yang disiplin, yang punya tata kelola yang baik, jangan lupa nak jaga negara ini, tata kelola harus baik, ketirisan, keborosan, rasuah mesti dihalang.
![]() |
| SUASANA...Ketibaan Anwar ke Majlis Majlis Jelajah Wira Madani Dan Sambutan Ulang Tahun Ke-29 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). |
"Kalau tidak negara hebat seperti mana pun tak terkawal jika yang diamanahkan itu pecah amanah. Sebab itu jangan pandang ringan, pertama, aspek keselamatan bagi pasukan keselamatan dan yang kedua tata kelola kena baik, wang yang banyak itu bukan wang peribadi, ia amanah rakyat.
"Ini akan menambah keyakinan, bila selamat, tata kelolanya baik, imigresen nya efisien, keselamatan kerja dengan baik, agensi percukaian itu telus, ia akan menarik pelancongan yang lebih banyak, lebih ramai," kata beliau semasa berucap dalam Majlis Jelajah Wira Madani Dan Sambutan Ulang Tahun Ke-29 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), pada Sabtu.
Anwar yang dalam siri lawatan kerja ke Sabah juga mengingatkan agar rakyat di negeri ini membuat pilihan yang tepat dalam Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17 yang bakal akan diadakan tidak lama lagi.
Dalam majlis itu juga, Anwar turut sempat menyampaikan bantuan sumbangan bakul makanan kepada warga APMM yang terdiri daripada para petugas dan juga ahli keluarga.
Turut hadir dalam majlis tersebut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Ketua Setiausaha KDN Datuk Awang Alik Jeman dan Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah./Penerangan
.jpg)
.jpg)
.jpg)


Comments
Post a Comment