Yayasan Sabah Lahirkan Ribuan Graduan, TPNS Pastikan Anak Negeri Tidak Tercicir

 Wartawan        : Bustan Made Aming

Jurufoto            : Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi Sabah

TAWAU: Pelaburan kerajaan negeri dalam sektor pendidikan terus diperkasa melalui Yayasan Sabah bagi melahirkan generasi berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pendidikan merupakan kunci transformasi sesebuah negara, justeru Yayasan Sabah memainkan peranan penting sejak penubuhannya.

KENANGAN... Arifin (dua kiri) menerima cenderamata dari Benta Wawasan Bhd.

“Salah satu sumbangan terbesar Yayasan Sabah yang tidak dapat disangkal ialah dalam bidang pendidikan. Ribuan anak Sabah daripada pelbagai latar belakang menerima manfaat melalui biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pendidikan.

 Arifin ketika berucap merasmikan program tersebut.

"Kerajaan negeri turut menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bagi membantu pelajar yang menghadapi cabaran kewangan sekali gus memastikan mereka tidak tercicir dalam meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi. 

Arifin (duduk depan, tengah) bergambar bersama hadirin.

"Hari ini, kita bangga melihat graduan dari institusi-institusi ini yang berasal daripada Zon Pantai Timur Selatan berada di pelbagai sektor bukan hanya di Sabah malah di seluruh Malaysia dan luar negara, membuktikan bahawa pelaburan dalam pendidikan ialah pelaburan paling berharga melahirkan graduan berilmu, berkemahiran dan berakhlak," katanya.

Arifin (kiri) ketika ditemui media.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif sempena Majlis Perasmian Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR) 2025 peringkat Zon Pantai Timur Selatan Di Dewan Masyarakat Tawau, pada Isnin. 

Arifin (empat kanan) bergambar di galeri pameran YAYASAN SABAH.

Sementara itu, Arifin ketika ditemui media memaklumkan sebanyak RM70 juta diperuntukkan kerajaan negeri melalui 16 inisiatif bagi membangunkan sektor pendidikan Sabah.

"Kita turut menyampaikan bantuan TPNS kepada anak-anak yang mendapat keputusan terbaik dalam SPM, STPM seluruh daerah Tawau bernilai RM1,000 seorang yang disebut sebagai MERCU. 

"BAGUS iaitu bantuan RM2,000 setiap tahun kepada PIBG, seluruh sekolah di Tawau ini malah di seluruh negeri Sabah lebih iaitu sekitar 1,500 sekolah mendapat bantuan termasuklah sekolah kebangsaan, sekolah menengah, sekolah agama serta sekolah jenis kebangsaan. 

KENANGAN... Arifin (tengah bersama tetamu kehormat bergambar bersama penerima TPNS

"BISPA pula inisiatif bantuan peralatan untuk semua sekolah tidak kira sekolah menengah, rendah, sekolah agama dan sekolah jenis kebangsaan Cina mendapat bantuan ini dengan kos sebanyak  RM8,000 satu sekolah setiap tahun bagi membantu mendapatkan peralatan peralatan bantuan mengajar manakala BISTARI diberikan kepada anak-anak kita yang lahir sehingga darjah satu layak untuk mendapat tabungan RM100.

"Kita juga menyediakan apa yang disebut sebagai Sumbangan Kegiatan Sekolah (SUKSES) yang sebanyak RM3,00 bagi melaksanakan aktiviti di sekolah diberikan kepada lebih dari 1,500 sekolah di seluruh Sabah bermula dari tahun lalu sehingga tahun ini," ujarnya.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulamkhaidar Khan Bahadar, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembangunan Industri Sabah, Datuk Andi Mohammad Suryady Bandy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir, ADUN Balung, Datuk Hamild Awang./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah