Posts

Showing posts from March, 2026

Majlis Silaturahim Aidilftri Istana Seri Kinabalu Sederhana, Meriah

Image
 Wartawan :  Deonalissa Jekee Edin   Foto :   Johny George Kimlon / Jefren Malaning KOTA KINABALU : Majlis Silaturahim Aidilftri Istana Seri Kinabalu 1447H/2026M hari ini berlangsung sederhana dan meriah. Tun Musa (tiga dari kiri) dan Toh Puan Faridah (tiga dari kanan) bersama Hajiji (dua dari kiri) dan Juliah (dua dari kanan) sebelum ke dewan jamuan.  Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin tiba pada jam 10.22 pagi disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag.   Tun Musa (depan, kanan) bergerak ke dewan jamuan diiringi Hajiji (depan kiri).  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Seri Kinabalu, Zulfauzy Awang Besar sebelum tetamu menikmati juadah hari raya yang disediakan. Antara menteri kabinet yang hadir.  Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Timbala...

Tun Musa, Hajiji Tunai Solat Aidilfitri Bersama 7,000 Jemaah

Image
 Wartawan :  Idris Sani Saberun  Foto :   Johny George Kimlon KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menunaikan Solat Sunat Aidilfitri bersama kira-kira 7,000 jemaah di Masjid Negeri Sabah, pada Sabtu. Tun Musa tiba seawal pukul 7.15 pagi dan disambut Hajiji bersama barisan kepimpinan negeri.  KETIBAAN…Hajiji (tiga dari kanan) menyambut ketibaan Tun Musa (kiri) di perkarangan Masjid Negeri Sabah.  Solat sunat Aidilfitri diimamkan Pegawai Agama Istana Seri Kinabalu, Ustaz Zulfauzy Awang Besar sebelum disusuli khutbah bertajuk "Ibrah Ramadan: Jalan Menuju Ketaatan Berterusan" yang disampaikan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu@Aziz Jaafar.  Tun Musa (depan, empat dari kanan) bersama Hajiji (depan, tiga dari kiri) serta jemaah menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.  Antara pengisian khutbah mengingatkan jemaah Ramadan merupakan madrasah yang mendidik jiwa, dan sega...

Teknologi Bantu Ketepatan Cerapan Hilal

Image
 Wartawan :  Muhammad Irfan bin Janis  Foto :  Shahvian Mohd Razali PUTATAN: Penggunaan peralatan cerapan yang dipertingkat menjadi antara fokus utama dalam pelaksanaan rukyah hilal bagi menentukan tarikh sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Bungsu (tengah) bersama Arifin (kanan) di  Balai Cerap Al-Biruni. Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar, berkata walaupun prosedur operasi standard (SOP) dan kaedah cerapan dikekalkan, penambahbaikan teknologi membantu meningkatkan ketepatan dan keberkesanan proses berkenaan. Proses melihat anak bulan menggunakan teleskop.  "Proses cerapan atau rukyah hilal dijadualkan bermula sekitar pukul 6:27 petang, iaitu hampir dengan waktu Maghrib, dengan tempoh cerapan dianggarkan selama kira-kira 13 minit.  Bungsu (tengah) bersama Arifin (kanan)  di  Balai Cerap Al-Biruni. “Keputusan cerapan hari ini akan menentukan sama ada Aidilfitri disambut pada Jumaat atau Ramadan digenapkan kepada ...

Majlis Doa Selamat Sempena Cerapan Anak Bulan Syawal Di Istana Seri Kinabalu

Image
 Wartawan :   Idris Sani Saberun  Foto :  Vicky Sylvester Matanjang KOTA KINABALU: Majlis doa selamat diadakan sempena cerapan anak bulan Syawal yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu, pada malam Khamis, yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. Tun Musa (tengah) diiringi Hajiji (tiga dari kanan) menuju ke Dewan Seri Kinabalu bagi menghadiri majlis berbuka puasa. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun; Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.   Tun Musa Aman (tengah) berbual mesra bersama Hajiji serta jemputan yang hadir pada majlis berbuka puasa di Istana Seri Kinabalu. Hadir sama, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datu...

Aidilfitri Wadah Perkukuh Syukur, Mahabbah, Keharmonian - Arifin

Image
 Wartawan :  Deonalissa Jekee Edin  Foto :  Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU : Hari Raya Aidilfitri disifatkan sebagai wadah penting untuk umat Islam menzahirkan rasa syukur setelah berjaya menunaikan ibadah sepanjang Ramadan. Arifin (kanan) melihat proses cerapan.  Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perayaan tersebut juga menjadi peluang untuk memperkukuh hubungan silaturahim serta memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama. "Sambutan Aidilfitri ini menjadi wadah kepada kita untuk menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana kita telah dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan serta ibadah-ibadah yang lain.  Arifin (empat dari kanan) ketika majlis tahlil ringkas. "Sebagai umat Islam, kita hendaklah berdoa agar segala amal ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadan diterima dan diberi ganjaran oleh Allah SWT. "Kita perlu jadikan Aidilfitri ini sebagai wadah untuk kita mempe...

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi TYT Sabah 2026 Fokus Penjimatan, Kekal Impak Program

Image
 Wartawan :  Hamidah Len  Foto :   Jefren Malaning KOTA KINABALU : Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah tahun ini akan dilaksanakan secara berhemah dengan pendekatan penjimatan kos tanpa menjejaskan pengisian program. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata langkah itu selaras dengan keadaan ekonomi semasa di samping memastikan setiap program memberi manfaat serta menyampaikan mesej kepada rakyat. Nizam (tengah) semasa Sidang Media Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.  "Sebanyak 12 program disusun bermula dengan Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Solat Hajat di Masjid Negeri pada 27 Mac. "Antara pengisian utama ialah Istiadat Perbarisan dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kawad di Padang Merdeka, diikuti Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri di Istana S...

Semangat Aidilfitri Satukan Rakyat Sabah–Tun Musa

Image
Wartawan     : Hamidah Len Jurufoto          :  Norazuwan Mohd Yussof Tun Musa ketika menyampaikan  Perutusan Khas Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026M di Istana Seri Kinabalu. KOTA KINABALU:  Semangat Hari Raya Aidilfitri terus menjadi penggerak utama mengeratkan perpaduan rakyat Sabah yang berbilang kaum dan agama seterusnya menjadi asas keamanan serta keharmonian negeri ini. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkata keamanan adalah elemen terpenting dalam membentuk dinamika rakyat dan negara, yang harus disyukuri dengan terus mentaati perintah Allah SWT dan Rasul-Nya serta komited memelihara kesatuan masyarakat. “Tanpa kesatuan, masyarakat akan mudah berpecah belah dan keadaan seperti ini akan merugikan. Kesatuan bukan sekadar bersatu dalam ikatan tetapi juga dalam pemikiran, tujuan dan tindakan. "Hakikatnya, kesatuan adalah kunci kepada keharmonian sosial. Perbezaan budaya, agama dan tradisi perlu dihormati dan dijadikan kekuata...

15 Kek Aidilfitri Dikongsi Bersama Rumah Kebajikan

Image
Wartawan     :  Idris Sani Saberun Jurufoto          :  Shahvian Mohd Razali KONSEP TRADISIONAL… Tun Musa (tengah) bersama Toh Puan Faridah (kanan) tertarik dengan kelainan konsep kek yang berasaskan pulut kuning oleh Sheraton Hotel Kota Kinabalu.  KOTA KINABALU: Sebanyak 15 kek dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman sempena Majlis Penyampaian Kek Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Rabu. Semua kek tersebut akan disumbang kepada institusi-institusi kebajikan serta rumah anak yatim di sekitar Kota Kinabalu dan daerah berhampiran. Tun Musa yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin berkenan menghadiri majlis berkenaan bagi menyaksikan sendiri persembahan kek sambil beramah mesra dengan wakil hotel, pertubuhan serta institusi pendidikan tinggi yang terlibat. Dalam pada itu, Tun Musa merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan majlis tersebut dan menyifat...