Majlis Silaturahim Aidilftri Istana Seri Kinabalu Sederhana, Meriah

 Wartawan :  Deonalissa Jekee Edin
  Foto :   Johny George Kimlon / Jefren Malaning


KOTA KINABALU : Majlis Silaturahim Aidilftri Istana Seri Kinabalu 1447H/2026M hari ini berlangsung sederhana dan meriah.

Tun Musa (tiga dari kiri) dan Toh Puan Faridah (tiga dari kanan) bersama Hajiji (dua dari kiri) dan
Juliah (dua dari kanan) sebelum ke dewan jamuan. 


Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin tiba pada jam 10.22 pagi disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag.  

Tun Musa (depan, kanan) bergerak ke dewan jamuan diiringi Hajiji (depan kiri). 


Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Pegawai Agama Istana Seri Kinabalu, Zulfauzy Awang Besar sebelum tetamu menikmati juadah hari raya yang disediakan.

Antara menteri kabinet yang hadir. 


Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri-menteri Kabinet, Pembantu-pembantu Menteri, Konsul-konsul negara asing serta Ketua-ketua jabatan.

Antara menteri kabinet yang hadir. 



Dalam majlis berkenaan, tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu raya oleh Kombo Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah./Penerangan-


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah