S-Press Inovasi JKSNS Segerakan Penghakiman Syariah
Wartawan : Hamidah Len Jurufoto : Mohd Sazwan Bin Roslan KOTA KINABALU : Inovasi S-Press merupakan inisiatif Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) untuk memastikan penghakiman syariah dapat dilaksanakan dengan segera. Ketua Hakim Syarie, Ahadin Arinen berkata dengan S-Press, kes-kes perceraian biasa atau persetujuan bersama, kes-kes wali hakim atas faktor atau alasan anak tak sah taraf serta mualaf dapat dilaksanakan sehingga mendapat perintah bersih dalam waktu sehari. Ahadin ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu. "Kita tidak mahu berlakunya tangguhan kes yang berpanjangan, ketidakaturan dan sambil lewa dalam melengkapkan dokumen yang sepatutnya. "Pihak-pihak mengharapkan kes mereka dapat diselesaikan dengan segera dan mendapat keadilan. Ahadin (duduk tengah) bergambar kenangan bersama para hakim MTS dan Ahli Jawatankuasa...