Posts

Pembinaan Dua Kompleks Batalion PGA Perlu Dipercepatkan

Image
Wartawan     :  Mohd Haizul Rohani Jurufoto         :  Marusin Minuddin   KOTA KINABALU:  Pembinaan dua buah Kompleks Batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah perlu dipercepatkan. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata p embinaan kompleks Batalion 21 Keningau dan Batalion 22 Kunak itu sebagai  langkah meningkatkan lagi tahap keselamatan di negeri ini.  "Sabah merupakan sebuah negeri yang luas dan dikelilingi oleh tiga laut, Laut China Selatan di sebelah Barat Sabah, Laut Sulu di Utara Timur Laut Celebes di sebelah Timur, sementara Selatan Sabah berkongsi sempadan dengan Indonesia. Hajiji semasa berucap. "Oleh itu, penambahan dua buah kompleks PGA ini satu keperluan bukan sahaja untuk menghentikan ancaman subversif tetapi juga untuk menghalang aktiviti penyeludupan minyak, kayu balak, dadah dan sebagainya," uajr beliau.  Pertambahan dua buah kompleks terbabit akan menjadikan lima kompleks batalio...

Orang Ramai Dijemput Meriahkan Karnival Kita Madani

Image
 Wartawan     :   Idris Sani Saberun Jurufoto        : Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Karnival Kita Madani Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung di Membakut. Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata orang ramai sekitar Membakut dan daerah sekitarnya dialu-alukan untuk memeriahkan program yang akan berlangsung di tiga venue iaitu di  Masjid Cahaya Iman Membakut,  Dewan Kesenian Membakut serta di Dewan Terbuka Membakut  dari 8 hingga 10 Ogos ini. Jainisah pada sesi temubual di konti SABAHfm TEMUBUAL... Jainisah (kiri) ketika menjelaskan berkenaan dengan Kempen 1R1JG kepada  DJ Pyan (kanan) dan Aziyan pada segmen'Kita Cerita #Kitakongsi' di konti SABAHfm. " Program berkonsepkan karnival ini sebagai wadah JaPen untuk memasarkan maklumat, dasar, inisiatif kerajaan dan mesej-mesej kenegaraan berteraskan konsep Malaysia MADANI...

Guna Pelbagai Bahasa Etnik Promosikan Bulan Kebangsaan

Image
 Wartawan     : Hamidah Len Jurufoto          :  Johny Joklis KOTA KINABALU : Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sabah menggunakan beberapa bahasa etnik bagi mempromosikan pelbagai program sepanjang Bulan Kebangsaan. Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa berkata selain bahasa Bajau Samah, pihaknya juga akan berusaha membuat hebahan dalam bahasa etnik lain seperti Murut, Kadazan, Rungus, Bajau Pantai Timur dan Bisaya. Supian ketika berada di konti SabahVfm. Supian (kanan) ketika ditemubual dalam bahasa Bajau Samah. "Menggunakan pelbagai bahasa dengan kerjasama strategik antaranya bersama SabahVfm dapat menarik perhatian lebih ramai untuk menyertai pelbagai aktiviti kenegaraan. "Mesej-mesej kenegaraan yang disampaikan dalam bahasa tempatan mudah sampai kepada golongan sasar, apatah lagi dengan siaran radio yang diselitkan lagu-lagu patriotik," katanya ketika ditemui selepas ditemu bual dalam Slot Program Bual Bicara Kembara...

Budaya Penyelidikan, Inovasi Membentuk Modal Insan Berkualiti

Image
 Wartawan     : Bustan Made Aming Jurufoto          :  Mohd Sazwan Roslan   Kota Kinabalu: Budaya penyelidikan dan inovasi mampu membentuk modal insan berkualiti seterusnya penciptaan harta intelek.   Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Ariffin Mohd Arif berkata  untuk menjadi negara maju, universiti berperanan untuk membentuk modal insan yang berkualiti serta berusaha menghasilkan harta intelek yang bermutu tinggi melalui aktiviti penyelidikan dan inovasi. Arifin ketika ditemui media. Arifin (tiga kanan) merasmikan Majlis EXCOXIPTA 2024 disaksikan Kasim (dua kiri) dan Jidon (dua kanan). Geran Padanan dari syarikat Juta Kaya diberikan kepada UMS disaksikan oleh Arifin (tiga kanan). Arifin (tiga kiri) meluangkan masa melawat Booth yang turut mempemer hasil reka cipta pada majlis tersebut. "Dalam konteks sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju, universiti bukan sahaja berperanan untuk me...

Tun Juhar Lawat Muzium Polis Sabah

Image
 Wartawan         : Zuraidah Ahmad Jurufoto              :  Johny George Kimlon KOTA KINABALU:   Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meluangkan masa melawat Muzium Polis Diraja Malaysia Sabah. Hajiji (dua dari kiri) dan Jauteh (tiga dari kanan) mengiringi Tun Juhar mengisi buku lawatan Muzium PDRM Sabah. Jauteh (kanan) mengiringi Tun Juhar melawat salah satu sudut pameran. LAUT...Tun Juhar (tengah) melawat pameran Tentera Laut Diraja Malaysia. Lawatan tersebut bersempena dengan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2024 di Dataran Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, hari ini. Beliau diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan  Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun. Selain barang kes Op Daulat, pameran disertai beberapa agensi kerajaan antaranya, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Darat Malay...

Irama Gabungan Pancaragam Pukau 7,000 Pengunjung

Image
 Wartawan     : Zuraidah Ahmad Jurufoto          :  Vicky Sylvester Matanjang/ Mohd Haizul Rohani/  Mohd Sazwan Roslan   KOTA  KINABALU:    Irama gabungan empat pancaragam memukau 7,000 pengunjung Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2024, hari ini. Dengan durasi 8 minit, kumpulan persembahan pancaragam itu dijayakan 30 anggota gabungan Pancaragam Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah. Wilbono (kiri) ketika mengetuai persembahan pancaragam.  AKSI...   LK Mohd Syazreen dan  LK Mushidi (kanan) mencuri perhatian. Mohd Syazreen (tiga dari kiri) bersama rakan-rakannya semasa persembahan. GABUNGAN....Pancaragam gabungan empat kumpulan pancaragam. Menurut Pengarah Muzik Cawangan Pancaragam Polis Kontinjen Sabah, Inspektor Wilbono Zain, pihaknya turut dibantu ol...

Sambutan Hari Pahlawan 2024 Dimeriahkan 7,000 Orang

Image
 Wartawan : Suzaima Ibrahim Jurufoto      :  Mohd Sazwan Roslan /Mohd Rizal Matasan/ Johny George Kimlon/Vicky Sylvester Matanjang KOTA KINABALU:  Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2024 yang berlangsung di  Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah  dimeriahkan kira-kira 7,000 warga Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya, hari ini.  Sambutan dimulakan dengan perarakan masuk 25 kontinjen perbarisan yang melibatkan agensi penguatkuasaan, badan kerajaan, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta pelajar sekolah. Perbarisan lintas lalu turut diiringi oleh Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM),Tentera Darat Malaysia (TDM),Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Sabah. Acara diteruskan dengan menaikkan Jalur Gemilang, Bendera Sabah serta lagu "Negaraku" dan "Sabah Tanah Airku", diikuti  dengan tiupan paluan akhir untuk menurunkan bendera oleh PDRM bagi menghormati mangs...