Posts

Festival Makow Sabai 2025 Tarik 20 Ribu Pengunjung Ke Tawau

Image
 Wartawan          : Idris Sani Saberun Jurufoto               : Mohd Sazwan Roslan      PUTATAN: Festival Makow Sabai Borneo 2025 (Pesta Kebudayaan Etnik) dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung ke Tawau. Penasihat Ketua Adat Tidung Pantai Barat Sabah, Datuk Seri Arsit Sedi menjelaskan, festival yang dijadual berlangsung pada pertengahan Februari 2025 itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Kompleks Sukan Tawau. Ketua-ketua Adat Tidung menyambut ketibaan Arsit di Pan Borneo Hotel, Putatan. "Program ini diadakan bertujuan untuk mengenengahkan budaya dan adat masyarakat Tidung yang akan menampilkan persembahan kebudayaan, makanan tradisional berasaskan Ubi kayu dan permainan. "Pada festival ini kita juga akan menjemput kumpulan etnik yang lain melalui persatuan dan sekolah adat masing-masing termasuklah kumpulan etnik daripada negara Indonesia. Arsit ketika menyampaikan...

JUM Bantu Usahawan Muda Membakut Tahun Depan - Arifin

Image
 Wartawan               : Zuraidah Ahmad Jurufoto                    :  Johny George Kimlon MEMBAKUT:    Jaringan Usahawan Muda Membakut (JUM) akan membantu golongan usahawan di kawasan terbabit muda mulai tahun depan.  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata inisiatif di bawah  Pejabat ADUN Membakut dengan kerjasama UPPM Membakut   itu sedang mengenal pasti serta mengumpul maklumat yang berkaitan.  KENANGAN...Arifin (dua dari kiri, duduk) dan Azrul (dua dari kanan, duduk) bergambar kenangan bersama para penerima bantuan  Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS)  Membakut. "Kita sudah mewujudkan  Jaringan Usahawan Muda Membakut (JUM)   da n ini akan diselaras oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk mengenal pasti usahawan-usahawan muda yang perlu dibantu.  "Itulah sebabnya kit...

Mangsa Kebakaran Tg Aru Terima RM16,000 Sumbangan Khas Musibah Kebakaran

Image
 Wartawan :   Hamidah Len  Foto :  Marusin Minuddin KOTA KINABALU : Seramai 16 keluarga mangsa kebakaran Kampung Tanjung Aru Baru menerima Sumbangan Khas Musibah Kebakaran berjumlah RM16,000. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berharap bantuan daripada Tabung Zakat dan agensi agama tersebut dapat mengurangkan bebanan para mangsa yang terlibat.   Arifin (tengah) menyampaikan sumbangan Tabung Zakat MUIS kepada PPM Tg Aru. "Terdapat 16 ketua isi rumah dengan 61 ahli melibatkan enam buah rumah terbakar dan kita daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Perbadanan Baitulmal  Negeri Sabah membantu sedikit sebanyak keperluan. "Seperti mana kita membantu di mana-mana ada kebakaran dan banjir yang melibatkan mangsa dan kita bersyukur kerana dapat bersama-sama pada hari ini dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM)," k...

Kementerian Komunikasi Sasar 137 NADI di Sabah Menjelang 2025

Image
 Wartawan :  Nazri Ramshah Abdul Basah  Foto : Mohd Sazwan Bin Roslan KOTA KINABALU : Kementerian Komunikasi menyasarkan 137  Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) beroperasi di Sabah  pada tahun hadapan. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata  Kementerian Komunikasi merancang menambah 14 lagi NADI di Sabah menerusi inisiatif satu NADI bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Teo menurunkan tandatangan digital. "Sehingga Disember 2024 sebanyak tujuh lagi  NADI  baharu telah  beroperasi  iaitu tiga di Kota Kinabalu, dua di Sepanggar dan satu NADI masing-masing di Kota Belud serta Batu Sapi. “Pada Januari depan dijangka lima NADI baharu akan siap manakala NADI Kampung Gelam-Gelam dan Pulau Banggi pula pada bulan Mac akan datang,” katanya selepas melawat NADI Luyang, pada Jumaat. Teo (dua dari kiri) mendengar taklimat oleh pengurus NADI Luyang. Semasa ditemui media, Teo menzahirkan harapan agar lebih...

Infrastruktur Asas, Utiliti Perlu Perhatian Khusus Persekutuan: Hajiji

Image
 Wartawan          : Idris Sani Saberun Jurufoto               :  Johnny Joklis KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diminta memberi keutamaan pembangunan infrastruktur asas dan utiliti di Sabah melalui Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13). Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata pengukuhan infrastruktur asas dan utiliti merupakan salah satu aspek pembangunan yang kritikal di Sabah dan memerlukan perhatian khusus kerajaan persekutuan. Shahelmey (tengah), Rafizi (empat dari kiri), James (tiga dari kiri), Hashim (dua dari kiri), Yatimah (dua dari kanan), Rosli (tiga dari kanan) dan Safar (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama-sama 350 peserta. "Penyediaan utiliti asas seperti bekalan air bersih dan elektrik yang lengkap, terutamanya di kawasan luar bandar, adalah aspek penting dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat, selain dapat merangsang pelbagai aktiviti seperti pertumbuha...

Sambutan Luar Biasa Rakyat Sabah Semasa Ketibaan Tun Musa

Image
 Wartawan :  Zuraidah Ahmad  Foto :   Johny George Kimlon KOTA KINABALU:  Sambutan luar biasa rakyat Sabah berlangsung semasa ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11, Tun Musa Aman di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini. Tun Musa melambai tangan kepada ribuan rakyat yang menyambutnya di Terminal 2 KKIA. Pesawat khas yang membawa Tun Musa bersama-sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong selamat mendarat pada jam 12.02 tengah hari tadi. Arifin (tengah) ketika menyambut Tun Musa. Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Ruddy Awah, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Seri Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar dan Ahli Dewan Undangan Neger...

Selesaikan Segera Isu Teknikal Projek Pan Borneo - Shahelmey

Image
Wartawan     : Bustan Made Aming Jurufoto          :  Mohd Sazwan Roslan BEAUFORT : Selesaikan segera isu teknikal agar projek Pan Borneo Sipitang dan Beaufort siap mengikut jadual. Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya meminta pihak yang terlibat agar bekerjasama menyelesaikan isu-isu teknikal yang timbul demi kelancaran projek yang sedang berjalan. Shahelmey (hadapan, tengah) mempengerusikan perbincangan perkembangan  projek Pan Borneo Daerah Sipitang Dan Beaufort.    Shahelmey (tiga kiri) bersama kontraktor dan kementerian dalam rangka lawatan meninjau projek Pan Borneo. Shahelmey (tiga kiri) bersama kontraktor dan kementerian dalam rangka lawatan meninjau projek Pan Borneo. Matbali ketika ditemui media. Shahelmey (tiga kanan) ketika meninjau perkembangan projek Pan Borneo daerah Sipitang dan Beaufort. Shahelmey ketika ditemui media. "Dalam lawatan kerja ke Sipitang hari ini, saya turut me...