Posts

JKNS Garis Lima Strategi Tingkat Taraf Kesihatan

Image
 Wartawan :  Suzaima Ibrahim  Foto :  Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menggariskan lima strategi utama bagi meningkatkan taraf kesihatan di negeri ini. Pengarah JKNS, Dr. Maria Suleiman berkata lima strategi tersebut antaranya merangkumi kuasa autonomi kesihatan bagi JKNS. Tun Musa (kanan) menerima cendera kenangan dari Maria (kiri). "Kedua adalah untuk meningkatkan struktur pembangunan fasiliti kesihatan negeri Sabah dan ketiga memperkasakan perkhidmatan kesihatan bagi memberi perkhidmatan kualiti yang terbaik. "Manakala yang keempat adalah untuk mempertingkatkan sumber manusia dan yang terakhir adalah strategi untuk meningkatkan peruntukan kewangan mengurus ," katanya  selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu. Maria (kiri) sedang menjelaskan sesuatu kepada Tun Musa   (kanan) semasa  sesi kunjungan berlangsung. Menurut Maria, kunjun...

IJN Perluas CSR Ke Sabah

Image
 Wartawan     :  Suzaima Ibrahim Jurufoto        : Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU: Institut Jantung Negara (IJN) akan memperluaskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat di negeri ini. Pengerusi IJN Holding Sdn. Bhd, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata pihaknya akan membawa saringan kesihatan dan ceramah kesedaran tentang penjagaan kesihatan jantung. "Ini adalah usaha berterusan kami untuk memberi maklumat kepada rakyat, terutamanya tentang potensi masalah kesihatan jantung. "IJN juga telah memulakan fasa pertama pembangunan fasiliti baru di Kuala Lumpur dengan perancangan untuk membuka blok perubatan swasta yang lebih besar di fasa seterusnya. "Masyarakat di Sabah boleh menjangkakan lebih banyak inisiatif serupa dalam waktu terdekat. "Dengan segala perancangan ini, IJN berharap dapat memberikan lebih banyak akses kepada penjagaan kesihatan berkualiti kepada rakyat Sabah, terutamanya dalam menangani isu-isu ke...

PENTARAMA X Kelab Malaysiaku Perkukuh Jati Diri Pelajar

Image
 Wartawan :  Idris Sani Saberun  Foto :  Shahvian Mohd Razali BEAUFORT:  Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku memperkukuhkan jati diri dan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar sekolah. Pengarah Penerangan Sabah,  Jainisah Mohd Noor  berkata, program tersebut adalah kerjasama strategik antara Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memberikan kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan keamanan dan perpaduan dalam negara. PENGHARGAAN... Jainisah (dua dari kiri) menyampaikan Sijil Penghargaan kepada wakil AJK Kelab Malaysiaku SMK Gadong bagi sesi 2024. "Melalui program ini, kita ingin memastikan pelajar memahami peri pentingnya mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk seperti  mana yang diamalkan di   negeri dan negara ini . "Selain berhibur dengan hiburan bermaklumat, pelbagai aktiviti diadakan seperti Sembang Santai men...

Gaji Setimpal Jadi Keutamaan Pencari Kerja di Sabah

Image
Wartawan : Idris Sani Saberun Foto : Johny G. Kimlon KOTA KINABALU:   Kajian Aspirasi Pencari Kerja di Sabah yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati bahawa isu gaji dan upah menjadi keutamaan utama pencari kerja di negeri ini.  Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin  berkata ,  s eramai 1,197  responden  yang ditemui  menekankan kepentingan memperoleh gaji yang setimpal dengan kelayakan pendidikan dan kemahiran mereka bagi memastikan kehidupan yang lebih stabil. Nazaria  ketika membacakan teks ucapan   Dr Mohd Uzir  sempena  Majlis Pelancaran Buku Kajian Aspirasi Pencari Kerja di Sabah di   Raia Hotel pada Selasa. "Kajian ini menunjukkan bahawa pencari kerja di Sabah mahukan gaji yang setara dengan kelayakan mereka.  "Namun, ketidakseimbangan antara kadar upah yang ditawarkan dan kos sara hidup menyebabkan ramai tenaga mahir berhijrah ke negeri lain atau ke luar nega...

ATM Laksana 'Gap Analysis' Perkukuh Pasukan

Image
 Wartawan     : Nazri Ramshah Abdul Basah Jurufoto          :  Johny George Kimlon KOTA KINABALU:  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan  gap analysis  dalam usaha memperkukuhkan pasukan termasuk menghadapi ancaman siber. Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar berkata, selain menghadapi cabaran konvensional cabaran siber juga antara ancaman utama yang perlu diberi perhatian. “Pada masa ini juga, ATM sedang melaksanakan  gap analysis  bagi mencari ruang yang perlu dipertingkatkan untuk merapatkan jurang yang ada agar dapat membina pasukan yang mantap pada masa akan datang. Nizam ketika ditemui media. Suasana semasa kunjungan oleh rombongan PAT. Suasana semasa kunjungan oleh rombongan PAT. Kenangan..Tun Musa (dua dari kiri) dan Toh Puan Faridah (dua dari kanan) bergambar bersama PAT (kiri) dan isteri (kanan). “Beberapa perkara perlu ditambah baik untuk meningkatkan lagi kekuatan dan pertaha...

Tun Musa Hadir Forum Ambang Ramadan 1445H

Image
 Wartawan     :  Mohd Haizul Rohani Jurufoto        : Azman Jumat/Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan Toh Puan Faridah Tussin menghadiri Forum Ambang Ramadan 1446 H/2025M. Forum yang diadakan di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu itu menampilkan penceramah terkenal, Datuk Mohammad Kazim Elias dan Johan Qariah Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman manakala Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Ag Juri Ag Tahir sebagai moderator. Forum  berlangsung selama lebih sejam itu bersama lebih 200 orang jemputan yang lain bermula selepas  solat Isyak dan memfokus kepada kemuliaan, persiapan dan aktiviti pengisian dalam menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba. Tun Musa (kanan) sebelum forum Ambang Ramadan bermula bersama Hajiji. Tun Musa (tiga dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Kazim selaku panel jempu...

Toh Puan Faridah Rasmi Cawangan Ketiga Peniagaan Tudung Bawal Eksklusif

Image
 Wartawan     : Zuraidah Ahmad Jurufoto          :   Johny George Kimlon KOTA KINABALU:   Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin merasmikan cawangan ketiga perniagaan tudung bawal eksklusif Sabah di sini, pada Selasa. Hadir sama isteri Ketua Menteri Sabah Datin Seri Panglima Juliah Salag merangkap Yang di-Pertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA GRS),  Naib Yang di-Pertua III yang juga Setiausaha Kehormat MUTIARA GRS, Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awang Mohd Saufi dan  Ketua Pegawai Eksekutif Sabah International Convention Center Datuk Rosmawati Lasuki.   Julaih (kanan) mengiringi Toh Puan Faridah (dua dari kanan melihat tudung bawal yang dipamerkan. Juliah (kanan) mengiringi Toh Puan Faridah (dua dari kanan) pada majlis perasmian cawangan ketiga perniagaan tudung bawal Sabah.   Hasmira (tiga dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Juliah (dua da...