Maritim Semporna Edar 4,000 Bubur Lambuk

 Wartawan :  Mohd Haizul Rohani
Jurufoto  :  Mohamma Syah Kisun


Semporna: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna mengagihkan 4,000 pek bubur lambuk.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Amir Shubli berkata bubur lambuk diagihkan kepada para  petugas barisan hadapan, pengerusi-pengerusi masjid serta tahfiz.

Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Amir Shubli (tiga dari kanan) turut sama menyediakan bubur lambuk.

Selain itu, bubur lambuk juga diagihkan kepada  orang ramai di sekitar kuarters Maritim berkenaan.

Menurut beliau, program  tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga Zon Maritim dengan komuniti setempat, di samping memupuk amalan bersedekah di bulan Ramadan.

Amir (tiga dari kiri) menyerahkan bubur lambuk kepada wakil PDRM Semporna


Tambah beliau, program bubur lambuk tersebut merupakan kerjasama pihaknya bersama  Askar Wataniah, Adabi Sabah Distribution Sdn Bhd dan Petronas.


Anggota Maritim mengedarkan bubur lambuk.

Turut menjayakan program berkenaan ialah Syarikat Petronas, Adabi, Sabah Distribution Sdn Bhd, Coop Bank, Raspand, Kumpulan Rukun Tetangga Semporna dan Persatuan Veteran Komando./Penerangan-





Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah