Naik Taraf Daerah Kecil Paitan Bukti Keprihatinan Kerajaan-James

Wartawan : Bustan Made Aming

Jurufoto : Johny Kimlon

Paitan: Penaiktarafan daerah kecil Paitan menjadi daerah penuh membuktikan kesungguhan kerajaan membantu rakyat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata usaha tersebut menyakinkan rakyat kesungguhan kerajaan membangunkan Paitan dan membantu rakyat menikmati pembangunan.

James ketika menyampaikan ucapan.


"Persiapan kita memang sudah lama, setiap tahun cadangan tersebut saya kemukakan, Penolong Pegawai Daerah dan pegawai-pegawai disini juga telah bersedia dengan urusan-urusan yang diperlukan untuk mendapatkan status daerah penuh dengan secepatnya.

"Selain itu, peruntukan RM2 juta untuk membina dewan serbaguna yang diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri disini akan memudahkan rakyat melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kelak," katanya ketika ditemui media dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan Pejabat Daerah Kecil Paitan di Dewan Terbuka Paitan pada Sabtu.

Hajiji (kanan) dan James berbual sesuatu pada majlis tersebut.


Pada majlis tersebut, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor turut menyampaikan bantuan sumbangannya berjumlah RM40 ribu kepada 200 golongan memerlukan manakala Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyampaikan zakat dan fitrah sebanyak RM40,200 untuk diagihkan kepada 124 golongan asnaf.

James yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri dan kerajaan negeri atas kehadiran menyantuni masyarakat Paitan.

James (dua kiri) menyampaikan cek cura dari MUIS kepada Pegawai Tadbir Agama Jheains Paitan, Mohd Hadi Said (tiga kanan) dengan disaksikan hajiji (tiga kiri). 


Hadir sama, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif, Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah, Datuk Masiung Banah, Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Ketua Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri