PBSM, Maggi Edar 1,200 Pek Bubur Lambuk

Wartawan :  Deonalissa Jekee Edin
Jurufoto :  Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Sabah


Kota Kinabalu : Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Cawangan Sabah dengan kerjasama Maggi mengedarkan 1,200 pek bubur lambuk sempena Program Pengagihan Bubur Lambuk MAGGI.

Sesi penyerahan bubur lambuk kepada wakil dari PBSM Tuaran


Pengurus Operasi Nestle Products Sdn Bhd - Sabah, Tan Wallace William berkata, program tersebut adalah program tahunan dan kolaborasi kali ini merupakan tahun yang keempat Maggi bersama PBSM Sabah.


GIMIK...Gimik perasmian bersama ahli-ahli PBSM dari Ibu Pejabat, Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Penampang dan Putatan.


Menurut beliau, bubur berkenaan diedar kepada komuniti setempat termasuk rumah warga tua, masjid-masjid, rumah anak yatim dan hospital di sekitar daerah Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar.


KENANGAN...Ahli-ahli PBSM mengabadikan gambar kenangan semasa program.


Program Bubur Lambuk Maggi itu bertujuan untuk memberikan juadah buka puasa yang berkhasiat untuk orang ramai dan pada tahun ini, Maggi telah mengagihkan sebanyak 200 ribu pek bubur lambuk di 280 lokasi seluruh negara./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah