63 Bakal Jemaah Haji Terima Sumbangan

 Wartawan        :    Norliza Yusof

Jurufoto            :    Johny George Kimlon


PUTATAN : Seramai 63 bakal jemaah haji Parlimen Putatan menerima sumbangan berupa wang tunai bagi membantu persiapan mereka untuk mengerjakan ibadah berkenaan.

Shahelmey ketika menyampaikan sumbangan kepada penerima.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan dan ADUN Tanjung Keramat diiringi isteri, Datin Dayang Siti Nur Hayyat Ag Mohd Saufi di Masjid Daerah Putatan, pada Sabtu.

Dayang (dua dari kanan) ketika menyantuni salah seorang jemaah haji wanita pada majlis tersebut

Terdahulu, Shahelmey turut memaklumkan jemaah haji tersebut dijangka akan berlepas ke Tanah Suci pada 31 Mei ini dan menasihatkan untuk sentiasa menjaga kesihatan dan mengatur masa dengan sebaiknya.

SUASANA...Antara suasana semasa majlis berlangsung.

Hadir sama, Pegawai Daerah Putatan, Masawi Salleh, Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak, Datuk Nurlaila Said dan Pengarah Tabung Haji Sabah, Yusdi Nasip.

KENANGAN...Shahelmey (tengah,duduk) sempat merakamkan gambar kenangan bersama para jemaah haji Parlimen Putatan.


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah