Kukuhkan Intergriti Warga MINDEF Secara Berterusan

 Wartawan        :    Norliza Yusof

Jurufoto            :    Johny George Kimlon


KOTA KINABALU : Pengukuhan integriti dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan (MINDEF) perlu ditekan dan dibudayakan secara berterusan.

Ketua Setiausaha MINDEF, Datuk Seri Isham Ishak berkata integriti merupakan tunjang utama kepada kelangsungan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi.

Isham semasa menyampaikan ucapan.

"Pengukuhan ini penting bagi memastikan MINDEF dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada rakyat.

 Isham(tiga dari kiri) menyerahkan sijil APC kepada salah seorang penerima Nancy Gadihis (empat dari kiri).

"Isu-isu integriti bukan hanya terfokus kepada isu rasuah sahaja malah ia merupakan satu konsep yang lebih besar contohnya seperti ketepatan waktu, penyampaian maklumat dan perkhidmatan segera, kerahsiaan maklumat dan pengendalian dokumen terperingkat.

Pesara MINDEF, Siti Maimonah Abd Rasit (tengah) ketika menerima sijil penghargaan daripada Isham (tiga dari kiri).

"Aspek tadbir urus yang baik, bertanggungjawab dan berintegriti juga perlu seiring dan menjadi nilai sepunya yang merupakan teras utama perkhidmatan awam.

"Kita tidak boleh terus kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian bahkan kita harus terus peka dan berfikiran terbuka untuk melakukan perubahan selari dengan perubahan persekitaran dan ekspektasi pelanggan atau rakyat yang semakin tinggi," katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2024 di sini, pada Jumaat.

KENANGAN...Isham (enam dari kanan) sempat merakamkan gambar kenangan bersama para pesara dan penerima APC MINDEF 2023.

Seramai 50 warga kerja MINDEF Sabah menerima APC bagi tahun 2023 manakala 10 pesara wajib dan pilihan turut diraikan dalam majlis berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MINDEF, Datin Roszanina Wahab, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MINDEF, Yuswan Yunus dan Pengarah MINDEF Sabah, Samasuddin Lawe.

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri