Mount Kinabalu Climbathon 2024 6 Oktober Depan
Wartawan : Mohd Haizul Rohani
Jurufoto : Mohd Sazwan Roslan
Kota Kinabalu: Acara berprestij, Mount Kinabalu International Climbathon 2024 akan diadakan pada 6 Oktober depan.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata acara tersebut itu akan diadakan semula selepas tujuh tahun tidak diadakan.
"Acara ini merupakan salah satu pertandingan perlumbaan mendaki gunung berprestij di peringkat global yang menarik golongan atlet elit dan penggemar sukan luar (outdoor) dari serata dunia.
"Pertandingan tahun ini akan diadakan dalam tiga kategori iaitu kategori lelaki elit, wanita elit dan lelaki veteran bagi yang berusia 40 tahun ke atas.
"Para peserta akan mengharungi laluan sejauh 26 kilometer dengan ketinggian 2,760 meter", kata Christina.
"Laluan pertandingan tersebut meliputi 13.3 kilometer bermula dari titik permulaan perlumbaan dan 13.3 kilometer lagi laluan ke titik penamat yang bakal menguji ketahanan fizikal dan mental setiap para peserta.
"Acara ini bukan sekadar perlumbaan, ia juga merupakan simbol semangat kental yang tiada tandingan, ketahanan para peserta dan juga keindahan Gunung Kinabalu.
"Saya ingin mengalu-alukan para peserta dari seluruh dunia untuk menyahut cabaran pertandingan ini di samping menikmati keindahan kemegahan Gunung Kinabalu," jelas Christina dalam sidang media The 31st Mount Kinabalu International Climbathon 2024.
Christina (belakang, tengah) dalam sesi foto bersama penganjur The 31st Mount Kinabalu International Climbathon 2024. |
Seramai 200 orang peserta dijangka akan menyertai pertandingan yang telah masuk edisi ke-31 itu.
Turut hadir dalam sidang media tersebut Pengarah Taman-taman Sabah Dr Maklarin Lakim.
Comments
Post a Comment