MRK Perjuang Budaya Tradisi Kaum KDMR

Wartawan        : Bustan Made Aming

Jurufoto           : Johnny Joklis


Kota Kinabalu: Pertandingan Buvazoi Tavantang Kaamatan (MRK) medan belia memperkenal dan memperjuangkan budaya tradisi kaum.

Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata selain memperkenalkan budaya tradisi, penganjuran MRK turut menjadi platform menjana ekonomi kepada pereka fesyen. 

Dikin ketika berucap pada majlis tersebut.

"Sabah dikenali dengan Pageant Kebudayaan yang dikira terbesar di Malaysia malah diibaratkan sebagai pentas bakat-bakat besar serta acara-acara besar yang berprestij, tidak kira usia, lelaki atau perempuan, tua dan muda mesti saling melengkapi dan menyokong antara satu sama yang lain demi kebaikan bersama jadi seharusnya kita perlu mempunyai satu platform yang besar untuk kaum lelaki memperkenalkan budaya dan pakaian tradisi KDMR.

Dikin (kanan) menerima cenderamata disampaikan oleh Ketua AJK MRK Casey Jovial.

"Tahniah kepada penganjuran pertandingan MRK yang dibarisi oleh belia-belia yang kreatif dan berwawasan telah bertungkus lumus menjayakan atau memperjuangkan kebudayaan negeri ini, saya akan sentiasa menyokong dan membantu Jabatan Kebudayaan yang lain mengukuhkan perjuangan mereka kerana kita sangat memerlukan belia yang berani sebagai pelapis besar di masa akan datang sebagai pejuang dalam kebudayaan tidak kiralah dari segi pakaian atau bahasa etnik.

PERAGA... para peserta MRK diperkenalkan di atas pentas utama.

"Selain itu, MRK mampu menyediakan platform ekonomi untuk pereka fesyen atau pembuat baju tradisi mendapatkan sumber pendapatan melalui tempahan baju etnik yang digunakan oleh para peserta MRK, "katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Dikin Musah sempena perasmian Pertandingan Akhir Buvazoi Tavantang Kaamatan 2024 di Dewan KDCA, pada Selasa. 

PERAGA... para peserta MRK diperkenalkan di atas pentas utama.

Pertandingan tersebut disertai oleh 49 peserta yang mewakili setiap daerah negeri sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. 

peserta bagi tahun 2023 turut hadir memeriahkan MRK edisi ke 17 2024.


Para juri yang mengadili para peserta.


SUASANA... gelagat hadirin yang hadir memberi sokongan kepada para peserta.

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri