MTCP : Diplomasi Budaya 2024 Kukuhkan Hubungan Dua Hala

 Wartawan        :    Idris Sani Saberun

Jutufoto            :    Johny George Kimlon


KOTA KINABALU : Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) : Diplomasi Budaya 2024 mengukuhkan hubungan dua hala negara melalui persefahaman budaya.

Ketua Pengarah Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) Kementerian Luar Negeri, Datuk Syed Bakri Syed Abdul Rahman berkata, kursus tersebut diadakan bagi berkongsi pengalaman pembangunan Malaysia dengan negara membangun yang lain melalui budaya.

 Syed Bakri (dua dari kiri) ketika menyampaikan ucapan mewakili delegasi IDFR dan para peserta kursus pada sesi Taklimat Pembangunan Sabah di Menara Kinabalu.

"Sepanjang kursus ini para peserta akan didedahkan dengan modul komprehensif tentang diplomasi dan kepelbagaian budaya di Malaysia meliputi topik utama iaitu Penjenamaan Negara dan Diplomasi Budaya, Kecerdasan Budaya, Bahasa dan Diplomasi, Bahasa Melayu Interaktif untuk Perbualan, Dimensi Budaya dalam Perundingan dan Pengantaraan, Pelaburan di Malaysia serta Kelestarian Minyak Sawit dan Diplomasi Budaya dalam Era Digital.


Tseu Kei Yue (dua dari kiri) ketika menyampaikan Taklimat Pembangunan Sabah di Bilik Perdana EPU Sabah.

"Kursus ini turut menekankan tentang  aspek perkongsian pengalaman pembangunan Malaysia dengan negara membangun, kepentingan pengukuhan hubungan dua hala antara negara, mempromosikan Kerjasama Selatan-Selatan (SSC) dan meningkatkan Kerjasama Teknikal di kalangan Negara Membangun (TCDC).

"Penganjuran kursus MTCP yang sedang berlangsung ini menunjukkan komitmen Malaysia melalui Kementerian Luar Negeri untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran pembangunan dengan negara membangun," ujarnya ketika ditemui media selepas menghadiri sesi Taklimat Pembangunan Negeri Sabah yang disampaikan oleh Pengarah Kanan Hal Ehwal Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah, Tseu Kei Yue di Menara Kinabalu, pada Jumaat.


CENDERAMATA...Tseu Kei Yue menerima cenderamata daripada Syed Bakri (kiri) sejurus menyampaikan taklimat pembangunan Sabah.

Menurut Syed Bakri, pemilihan Sabah sebagai salah satu lokasi lawatan adalah bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepelbagaian dan keunikan adat, budaya yang terdapat di Sabah serta amalan toleransi kaum yang menjadi contoh kepada pengukuhan perpaduan di Malaysia.


KENANGAN...Tseu Kei Yue (duduk tengah) merakamkan gambar kenangan bersama-sama 13 peserta Kursus MTCP: Cultural Diplomacy 2024  di Menara Kinabalu.

Sepanjang di Sabah para peserta akan didedahkan dengan sesi taklimat bersama Jabatan Perikanan, Pelancongan selain lawatan ke Pulau Manukan, Perkampungan Budaya Mari-Mari, Taman Negara Kinabalu, serta sesi perkongsian maklumat bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS).


Syed Bakri (dua dari kiri) bersama peserta Filipina (kiri),  Azerbaijan (dua dari kanan) dan Oman (kanan) sempat merakamkan gambar kenangan di pejabat EPU Sabah.

Jelasnya, sesi taklimat daripada EPU tersebut diharap dapat mengukuhkan hubungan kerjasama antara IDFR dan EPU bagi memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan dengan ekonomi, diplomasi budaya dan kerjasama yang diamalkan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri di negara ini.


Syed Bakri ketika ditemui media.  

Seramai 13 peserta daripada 86 permohonan terpilih untuk menyertai kursus yang berlangsung dari 21 hingga 30 Mei tahun inu antaranya daripada negara-negara membangun seperti Algeria, Azerbaijan, Bangladesh, Bosnia dan Herzegovina, Cuba, Fiji, Iraq, Jordan, Maldives, Oman, Filipina, Sri Lanka dan Turkmenistan.




Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri