SPANS Terima 260 Ribu Permohonan Jawatan

 Wartawan        : Deonalissa Jekee Edin

Jurufoto            : Shahvian Mohd Razali


KOTA KINABALU : Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) menerima 260,399 permohonan jawatan sepanjang tahun lepas.

 Sukarti ketika ditemui media.

Pengerusinya, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata daripada jumlah itu, sebanyak 668 pelantikan telah diluluskan dalam pelbagai jawatan dan di gred yang berlainan.

"Selain daripada pelantikan baharu, SPANS juga mengurus hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan awam antaranya pemberian taraf berpencen, pengesahan jawatan, pengisytiharan harta, tindakan tatatertib dan kenaikan pangkat.

Tun Juhar (kanan) ketika sesi kunjungan Sukarti dan rombongan.

"Secara keseluruhannya, sebanyak 6,899 kes-kes mengikut 27 fungsi-fungsi SPANS telah dilaksanakan bagi tahun 2023," katanya kepada media selepas sesi kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

CENDERAMATA...Tun Juhar (tengah) menerima cenderamata daripada rombongan SPANS.

Sukarti memaklumkan tujuan kunjungan tersebut adalah bagi menyerahkan laporan tahunan aktiviti SPANS seperti yang digariskan di bawah Perkara 37(10) Perlembagaan Negeri Sabah.

KENANGAN...Tun Juhar (tengah) bergambar kenangan bersama Sukarti (lima dari kiri) dan rombongan.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi SPANS, Datuk Claudius Roman, Ahli-ahli dan Setiausaha SPANS, Diana Daria Amit.

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah