TM Tawar Kad Sim Percuma Sempena Bulan Kebangsaan
Wartawan : Deonalissa Jekee Edin
Jurufoto : Jefren Malaning
KOTA KINABALU : Telekom Malaysia Berhad (TM) menawarkan kad sim yang boleh digunakan secara percuma sepanjang Bulan Kebangsaan ini.
Pengurus Besar Perniagaan TM Sabah, Azhar Mustapha berkata, kad sim tersebut akan diedarkan kepada semua pengunjung di setiap perhentian konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024.
Azhar ketika ditemui media. |
FLAG OFF...Hajiji (lima dari kiri) menyempurnakan flag off pelancaran konvoi KMJG 2024. |
"Sepanjang bulan kemerdekaan ini, TM menawarkan satu pakej yang dipanggil pakej Try Me TM kepada semua rakyat Sabah.
"Pakej ini kita beri percuma selama 30 hari Unifi Mobile tanpa kontrak kepada semua pengunjung yang datang ke lokasi KMJG, setiap individu akan diberikan satu kad sim supaya semua dapat rasa pakej istimewa ini.
"Jadi, dijemput semua untuk mendapatkan pakej ini di setiap perhentian konvoi KMJG yang akan bermula 8 Ogos," katanya ketika ditemui media semasa persinggahan konvoi KMJG 2024 di Ibu Pejabat TM Wilayah Sabah, pada Khamis.
Di samping mengedarkan kad sim pakej Try Me TM kepada pengunjung, TM juga turut akan membuka reruai pameran di lokasi-lokasi KMJG 2024.
Konvoi KMJG singgah di Ibu Pejabat TM Wilayah Sabah selepas acara flag off di pekarangan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera 2024.
Hadir sama, Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor, Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa dan Ketua Konsumer TM Sabah, Sharimin Mohd Iman./ Penerangan-
Comments
Post a Comment