50 RIBU MERIAHKAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI SABAH 2024
Wartawan : Nazri Ramshah Abdul Basah
Foto : Johny Joklis/Mohd Sazwan Bin Roslan/Jefren Malaning/Mohd Rizal Matasan
KOTA KINABALU : Lebih 50 ribu pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah, pagi Sabtu.
Ketibaan Tun Juhar (lima dari kanan) disambut oleh Hajiji (tiga dari kanan) dan Masidi (empat dari kanan). |
Sambutan yang diadakan di Jalan Tun Fuad Stephens itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor serta Menteri Kewangan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan.
Sejurus tiba, Tun Juhar memeriksa Kawalan Kehormat Utama (KKU) dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seterusnya menyaksikan upacara bacaan ikrar dan persembahan koir.
IKRAR...Bacaan ikrar rukun negara. |
IKRAR...Bacaan ikrar rukun negara. |
Acara perarakan dimulakan dengan perarakan lintas lalu Jalur Gemilang serta Bendera Negeri Sabah gergasi oleh 34 orang pegawai dari ATM.
Sambutan berkenaan turut dimeriahkan dengan perarakan 189 kontinjen mewakili pasukan keselamatan, badan beruniform, persatuan, sekolah, jabatan dan agensi kerajaan.
Persembahan koir yang mendendangkan lima buah lagu. |
Perarakan aset-aset Bomba, PDRM dan ATM. |
Perarakan aset-aset Bomba, PDRM dan ATM. |
Perarakan aset-aset Bomba, PDRM dan ATM. |
Selain itu, turut menjadi tumpuan adalah perarakan aset-aset ATM, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Jabatan Penjara serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Pada tahun ini, buat julung kalinya Hari Sabah disambut serentak dengan Hari Kebangsaan selepas diwartakan pada 20 Jun 2024./Penerangan-
Comments
Post a Comment