Majlis Penyampaian Malaysia Role Model Entreprise Award 2024 Oktober Ini

Wartawan : Idris Sani Saberun

Foto : Azman Jumat


KOTA KINABALU:  Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) Negeri Sabah akan mengadakan Majlis Penyampaian Malaysia Role Model Enterprise Award 2024, pada Oktober ini.

Pengerusinya, Patrick Chiam Yee Choon berkata lima anugerah khas akan disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dalam majlis tersebut.


Patrick ketika ditemui media di Istana Seri Kinabalu.  


"Pada tahun ini, PUMM buat julung kalinya mengadakan majlis penyampaian anugerah di luar Kuala Lumpur di mana Negeri Sabah terpilih bagi meraikan kejayaan 40 pengusaha yang berjaya dalam bidang masing-masing di seluruh Malaysia.

"Selain daripada itu, kita juga akan menyampaikan lima anugerah khas iaitu Rural Role Model Enterprise Award  khusus untuk pengusaha di Sabah dan Sarawak," katanya ketika ditemui media di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Menurut Patrick kunjungannya bersama rombongan bertujuan untuk menyampaikan undangan kepada Tun Juhar sebagai tetamu kehormat majlis berkenaan.


Tun Juhar (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama-sama dengan Patrick (empat dari kiri) dan juga AJK PUMM Sabah.


PUMM telah ditubuhkan sejak 1993 dan kini mempunyai lebih 3000 keanggotaan yang terdiri dari pemilik perniagaan, peguam dan juga para akauntan yang terlibat di dalam industri perniagaan.

Hadir sama Timbalan Pengerusi PUMM Sabah Kendy Yeong Kok Wah, Naib Pengerusi PUMM Sabah Dolly Chin Man Yee serta ahli-ahli jawatankuasa PUMM negeri Sabah./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri